Seperti mana yang semua tahu. Mommy ingin merubah angin ke suasana kerja yang baru dan lebih kondusif. Bukan Mommy tidak bersyukur dengan apa yang Mommy perolehi sekarang. Tapi, secara kebetulan rezeki Allah berikan untuk Mommy tidak melepaskan peluang itu. Jadi, Mommy GRAB it! I will not let go that good opportunity. Opportunity to learn new things, knowing new people, learning new process, new procedures with new earnings! (^_^)
Tapi, Mommy agak frust dengan keadaan yang berlaku sekarang. Mungkin Mommy yang terlepas pandang semua ini. Ingat 2 minggu, rupanya sebulan notis diperlukan untuk Mommy meninggalkan sini. Mula2, sememangnya Mommy faham sebulan. Tetapi selepas Program Induksi daripada HR, menurut mereka hanya 2 minggu. Sebelum outstation haritu, Mommy sudah berjaya tender melalui surat. Tapi pemprosesan dia lambat rupanya. Hanya pada hari ini, Mommy tahu perlukan sebulan notis. Sedih. Baru ingat dapat menikmati kehidupan bekerja baru ditempat baru minggu depan. Ternyata ada lagi 2 minggu Mommy disini. Atau. Mommy perlu membayar setengah bulan gaji kepada majikan sekarang. Tidak....Tidak....
Sehingga sekarang, Mommy belum tahu lagi bila tarikh terakhir Mommy diminta berkerja disini.
Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku ini.
Mesti ada yang tertanya2 kenapa Mommy macam nak sangat cepat keluar dari sini. Bukan apa, Mommy kalau bole xnk lepaskan peluang dan faedah2 yang bole Mommy perolehi daripada bakal majikan Mommy. Nanti Mommy ceritakan perbezaan kepada bakal majikan yang menjadi pilihan.
Tunggu!
Harga Terbaru Produk Vken 2015
9 years ago
2 komen:
wah tengok tajuk notis sebulan ni..saya pun rasa tak sabar nak bertukar angin kerja jugak..
hi totie, thanks visit blog Mommy. huhu...mahu bertukar angin ke? jomla if rasa yg skrg xbpe ok and if dpt better offer. xsalah. =)
Post a Comment