HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Wednesday, August 15, 2012

Puasa

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik rupanya kita da sampai ke penghujung Ramadhan 1433. Alhamdulillah walaupun berbadan dua, Mommy masih mampu untuk menjalani ibadah puasa seperti korang. Sekarang baby dah 28 weeks, da tiga trimester da rupanya. 

Lama kiranya Mommy xberkongsi cerita suka duka dan segala update disini. Bukan xnk berkongsi. Tapi masa tidak mengizinkan. Papa sekarang pulak sibuk dengan keje sejak bertukar ke pekerjaan baru. Keje 12 jam hokay! Adush. So, banyak benda Mommy perlu uruskan sendiri. Tambahan pulak da macam ada dua rumah sekarang. Seminggu Equine, seminggu Puchong. 

Mommy sekarang ni pun tersangatlah sibuk dengan urusan hobi Mommy. Iaitu meniaga. Impian masih belum direalisasikan. Untuk memiliki perniagaan sendiri yg berdaftar dan butik. Tapi memang sekarang macam2 Mommy nk jual. Selain menjadi dropshipper untuk maxi dress dan blouse yg bermaterialkan lycra, Mommy jugak agen produk Catalyst. Ala yg femes dgn softgel capsule VCO tu. Ala...Yg ini la.

Lagi, produk keluaran Sykt Menang Glassware pun Mommy aktif menerima order. Boleh tengok catalog kat sini tau. MENANG (sila klik). Kepada ibu-ibu muda yang baru belajar nak shopping pinggan mangkuk dan keperluan dapur boleh la jenguk2 sini. Harga produk Menang sangat reasonable dan sesuai juga dijadikan hadiah kahwin buat sahabat handai. Tengokla kalo xcaya! Sekarang sedang femes bekas air yg sangat cool dan berguna ni. Cer tengok! Ini design baru. Tapi ada lagi baru. Pineapple shape. Sesuai kalo nk pakai masa buat Open House Raya nnt. Utk produk Menang, Mommy biasa COD je. Sebab mostly berkaca. So, kena berjaga2. Xpercaya sangat nk courier ni.


Lagi? Haa... Mommy pun menerima order untuk produk Tupperware yg saaaaaaangat femes tu. Ini! TUPPERWARE (sila klik). Kalau nk order, bole je. Mommy bole pos dan semestinya ada diskaun. No worry! Sekarang ada OFFER campaign sempena Raya. Sila jenguk FB Page Mommy tau, AnaliaForYou. Ok, ini OFFER yg Mommy maksudkan.


Ok, lupa lak. Yg terbaru. Mommy jadi agen produk JSD. Xtau. Ala... JAMU SUSUK DARA. Memang tengah femes dan hit skrg. Ala, dekat FB sebelum ni byk sgt org post pasal alien2 yg dalam Miss V tu. Mommy pun pengguna gak. Jangan ingat produk JSD xde yg sesuai utk ibu mengandung. Ada. Bole pakai Masker Vagina dan Miss V Feminine Wash. Sangat selesa. Terutama sekali bila ada masalah keputihan dan panties kerap basah. Ini bole membantu.

Kalo sesiapa yg ada masalah bole contact Mommy k? Jgn malu jgn segan. Tapi masih ada yg salah anggap tentang produk2 JSD ni. Sebab mereka ingat ini utk nafsu syahwat semata. Memang hidup kita sementara dan untuk beribadah kepada Allah. Tapi segala yg dipinjamkan ini perlu kita jaga sebaik mungkin. Usaha dan ikhtiar itu yang penting. Banyak jugak testimoni yg sukar yg mengandung. Tetapi lepas pakai JSD, Alhamdulillah, melekat. Rezeki memang ditangan Allah S.W.T. tapi xsalahkan kalau kita berusaha ke arah kebaikan? :)

Ok, nnt Mommy share gambar terbaru scan baby, Adik! Aisy pun da besar sekarang. Besar. Macam budak sekolah tadika. Mulut becok, cakap xpelat langsung. Da bole jadi kawan gaduh Mommy kat rumah. Semua benda nk buat dan usaha sendiri. Yela, nak jadi kakak!

Tinggal lagi 3 hari kita nk berpuasa. Selamat Hari Raya semua!

Tuesday, June 19, 2012

Berbadan Dua Lagi

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama (hampir 3 bulan) Mommy menyepi, rasa rindu teramat sangat mahu berkongsi cerita bersama sahabat semua. Belog kesayangan ini pun telah lama Mommy tinggalkan. Al-maklumlah, sibuk dan alpa tentang kewujudan belog ini. 

Sepanjang 3 bulan ni, banyak hal yg jadi. Seperti semua sedia maklum atau ada yang baru tahu, Mommy kini sudah berbadan dua. Anak kedua. Alhamdulillah. Tercapai juga impian utk mengandung di tahun 2012 ini. ;) Ok, jadi Mommy ingin berkongsi sedikit pengalaman mengandung kali ini.

Di masa awal Mommy disahkan mengandung, kami sekeluarga agak sibuk dengan urusan pindah rumah. Bukan rumah sendiri tapi rumah sewa. Menyewa dengan parents sendiri. Wee! Tapi tak jauh pun, dekat sedikit dengan tempat kerja sekarang. Much better. Cuma Mommy masih berjalan / berpusing jauh. Sebabnya Aisy masih diasuh oleh Mama Wan dia bila Mommy dan Papa bekerja. Jadi, sekarang memang Mommy full time drive sendiri ke tempat kerja. Papa pula kini sudah mula kerja shift malam, alternate. Seminggu siang, seminggu malam. Memang rasa sangat terseksa bila malam hanya tinggal berdua je dengan Aisy dalam rumah yang tak seberapa nak penuh tu. Perasaan takut pun kadang2 datang. Mana taknya, rumah disebelah kanan kami masih belum berpenghuni. Hanya mampu mengharapkan jiran kiri, depan dan belakang. 

Mengandung kali ini, agak berbeza dengan mengandung Aisy. Yela, lain anak lain ragamnya. Jadi gejala ketika mengandung semestinya berlainan juga kan? Aisy rajin bersembang dgn Adik sekarang. Aisy membahasakan diri sebagai 'Kakak' dan memanggil Adik sebagai 'Muhamad'. Wish nk adik boy katanya. ;)

Bermula minggu ke 7 kandungan Mommy sudah mula mabuk, sehinggalah ke minggu 17 yang lepas. (Sekarang sudah 20 minggu) Jenuh jugakla nak mengadap. Mommy tak lalu makan ayam, tak bole bau masak2, muntah seawal pagi, muntah di tempat kerja, angin 1 badan, tak bole lewat makan sket dan macam2 lah. Malas Mommy toksah dikata, rasa nak terbaring je... Masak pun tidak, kalau xmakan dirumah Mama, kami makan luar. Hehe! Teruk kan? Tapi sejak minggu ke 18 Mommy rajin masak tau. Setiap malam masak ye?

Alhamdulillah, Mommy masih bersyukur even mabuk Mommy masih mampu utk bangun seawal jam 5.30 pagi dan drive ke opis. Cuma Monday blues Mommy agak kritikal. Jadi malas. Bila cek balik rekod. Mommy rupanya MC setiap Isnin (jangan marah boss!). Maybe sudah terbiasa sebab monthly pregnancy checkup Mommy setiap Isnin. Jadi, Isnin adalah hari malas bagi Mommy. Hehehe...

Ok, Mommy nak share ultrasound scan baby. Baru scan 2 kali. Pasni minggu ke 23, Insyaallah sebelum puasa Mommy plan nk scan 3D atau 4D.

Adik minggu ke 10

Adik minggu ke 19

Ok, itu dulu yang dapat Mommy kongsi. Nanti Mommy sambung lagi ye! Daaa...


Friday, March 16, 2012

Aisy Kakak


Aisy nak jadi Kakak da. Xsangka. Penantian yg Mommy dan Papa tunggu, harap semua selamat dan tiada masalah sehingga hari EDD 5 Nov 2012.

Tengokla keletah Aisy ni. Pakai dress tapi nk jugak pakai tudung. Nak ikut macam Mommy, Wan dan Ucu. Asal kata nk keluar g ke kedai atau jalan2. Aisy lah orang yg paling sibuk mencari tudung. Bijak anak Mommy ni, cepat belajar segala hal. Cakap pun da macam budak skola. Banyak sangat mulutnya.

Last week selepas Mommy dan Papa bagitau Aisy nak dapat adik. Dia sibuk je nak cium perut Mommy, sekejap2 cakap nak cium dan sibuk bgtau dalam perut Mommy ade baby. "Aisy nak baby apa?" Papa bertanya. "Aisy nak baby boy" tu jela jawapan Aisy selalu bila diajukan soalan camtu.

Setelah seminggu menyimpan ketidakpercayaan ini. Malam tadi Mommy ke klinik. Untuk mendapatkan kepastian. Doktor bertanya dan menerangkan, "Nak check lagi sekali ke? Dah confirm ni. Period pun last 29 Jan. Tapi masih awal lagi. Dalam 6 minggu." Doktor juga menjangkakan EDD 5 November 2012.

Diharapkan kandungan kali ini selamat sehingga ke waktunya seperti ketika mengandungkan Aisy dulu. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga dalam menyambut orang baru nanti.

Oleh kerana pengalaman mengandung Aisy dulu Mommy telah diuji oleh masalah kekurangan air ketuban. Untuk kandungan kali ini, Mommy memerlukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui tentang punca air ketuban Mommy berkurang. Doktor telah menyarankan Mommy untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar sakit puan.

Ada siapa2 yang bole kongsi dan beritahu mana klinik / hospital yang ada pakar sakit puan berpengalaman?

Wednesday, March 14, 2012

Positif

Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga tak pernah putus walaupun kadang2 tengah bulan seperti sekarang poket sudah kering tiada isi. Walau financial belum kukuh, rezeki Allah tetap ada. Selepas Mommy dapat kerja baru yg lebih baik, Papa pun dapat kerja baru yg lebih baik.

Seminggu yang lepas, kami berdua dikejutkan dengan rezeki ini. Alhamdulillah. Syukur kepadaMu Ya Allah atas rezekiMu buat kami sekeluarga.


Rasanya macam da confirm. Cuma Mommy belum berkesempatan nk g klinik lagi utk pemeriksaan lanjut. Kepala pun da mula pusing. Badan da mula xsedap xselesa. Tekak da mula memilih nak makan apa. Segala xkena. Malam tadi Mommy kesejukan seperti demam, tapi pagi ini ok pulak. Mungkin betulla. Aisy nk dapat adikla.

Sibuk

Assalamualaikum!

Wah, lama sangat Mommy tinggalkan blog ni. Byk sangat sawang sana sini. Fuh! Fuh! Fuh! Sibuk sangat Mommy sekarang dengan segala urusan kerja, keluarga, rumah dan hal kenduri kendara. Selama tempoh sibuk ini, banyak hal yang Mommy uruskan, antaranya:

1) Persiapan perkahwinan adik Mommy, Angah bersama dengan Ana
2) Urusan pindah rumah di Lestari Putra, Equine
3) Survey barang2 kelengkapan rumah seperti perabot, peti ais, mesin basuh, TV dll
4) Audit assignment
5) Sesuaikan segala kerja dgn jadual kerja Papa yg baru

Kita mulakan cerita dengan Urusan 1 dulu ye? Memandang tinggal beberapa hari sahaja majlis perkahwinan adik Mommy dan tunangan akan tiba, Mommy dan Mama yg sibuk. Pengantin sibuk keje je. Al maklumla pengantin lelaki. Xdela sesibuk Mama dan Kakak die yg nk fikir segala hal. Dari hal kad jemputan, ke andaman pengantin, ke door gift, ke menu majlis, ke urusan kursus nikah dan segalalah. Aiyak, ini budak! Nasib semua hampir settle. Kad pun sudah siap dan tinggal untuk diedarkan saja kepada jemputan. Alhamdulillah persiapan berjalan dengan baik sekali.

Urusan 2. Pindah rumah? Ye, Mommy sekeluarga akan berpindah rumah. Dan disini adalah merupakan titik permulaan buat Mommy, Papa dan Aisy untuk belajar hidup berdikari seperti anda2 semua. Yela, hampir 3 tahun berkahwin, kami masih duduk dan tinggal sekali bersama Mama menjadi big famili. Nanti bila da pindah, kami akan bertiga sahaja. Dan memandangkan kami ini umpama pengantin baru nk masuk rumah baru, segala perkakas yg tercatat di Urusan 3 perlu dilengkapkan. Banyaklah budget yang diperlukan untuk memenuhkan rumah. Memandang pada Ahad 4hb lepas ex-tenant baru kosongkan rumah. Isnin 5hb kami terus bersungguh2 mencuci rumah. Huhu... Hujung minggu yang lepas pulak, baru barang2 kecil diangkut masuk ke rumah. Dan ternyata rumah masih kosong. Manakala rumah sekarang sangatla sesak dgn barang2 persiapan utk majlis kahwin. Serabut serabut....

Urusan 4 pula. Memandangkan kini Mommy sudah menjadi Document Controller utk dept banyak sangat urusan bagi menguruskan filing dalam dept. Memandang dept kami akan diaudit (hari ini last day audit). Auditor VS Auditee. Itu yg berlaku kepada Mommy. Diaudit dan dalam masa yang sama mengaudit. Sgt suspend ok? Pening kepala memikirkan isu yang bole dihighlight. Tapi ade baiknya, sebab inilah masa yang sangat sesuai utk menjadi expert terhadap segala Policy dan Procedure yang ditetapkan oleh syarikat dan dept. Disamping dapat meningkatkan kualiti dokumentasi dalam urusan seharian.

Last skali, Urusan 5. Alhamdulillah rezeki Papa dapat keje baru yang lebih baik Insyaallah. Bermula sebulan yang lepas. Cuma yang kurang baiknya sebab kerja sekarang memerlukan Papa keje shift. Seminggu SIANG, seminggu MALAM. Cabaran jugak buat Mommy sebab kerja sekarang Papa wajib OT 4 jam sehari. Jadi waktu bekerja agak lain. 7 pagi hingga 7 malam dan 7 malam hingga 7 pagi. Mentaliti Mommy sebulan ini tidak cukup kuat untuk hadapi ini. Harap selepas ini lebih baik dan lebih biasa. Susah wooo.....Kadang2 bila difikir2 3 hari xjumpa padahal duduk rumah yang sama. Tidur katil yang sama. Tapi waktu yg lain. Alhamdulillah sebulan berlalu, kami lalui dengan penuh keikhlasan dan keredhaan. Semoga Papa dimurahkan rezeki untuk menampung perbelanjaan kita sekeluarga. Love you, Pa!


Wednesday, February 08, 2012

Muzdalfa Fried Chicken @ Bangi

Salam!

Tengok tajuk entry pasti semua da tahu ini entry pasal makan. Huhu... Ahad lepas, seperti biasa Mommy agak malas mahu masak. Bukan xpandai nak masak, bole je. Cuma sikap M yg semakin menjadi2 kebelakangan ini. Jadi, terus bermain2 diminda segala jenis restoran yg Mommy belum pernah cuba try test lagi! Salah satunya adalah Muzdalfa Fried Chicken yg berada di Bangi.
 Set Nasi ni murah je. RM7.90 siap dengan soft drink. Okla tu kan? Nasi die sedap sgt even makan dengan kuah je. Beras die panjang.

 Ini set ayam 3 ketul. Ayam bole la tahan. Still acceptable dan bole dimakan. Banyak rempah. Cuma ada sedikit komen, ayam die seperti da agak lama. Sudah tidak fresh lagi.

 Aisy sukala sebab ade playground. Mula2 sampai da sibuk main gelongsor!


 Cak! Dgn Mommy.

 Pada hari tersebut, even hari Ahad hari cuti. Xramai sgt pelanggan. Senyap dan sunyi je. Xseperti McD dan KFC yg akan sentiasa penuh.

Okla, sedikit informasi tentang MUZDALFA FRIED CHICKEN & PIZZA HEAVEN (bukan Muzdalifa ye?). Setahu Mommy MFC ni ade di Bandar Baru Bangi dan Kota Bharu sahaja. Tak silap la. Konsep dia sama dengan restoran makanan segera lain seperti McDonald, KFC dan Pizza Hut. All in ONE roof.  Next time Mommy nk try Pizza pulak.

Soal harga okla, xdela mahal sangat. Still reasonable. Plus xde 6% Government Tax. Biar betul. Betul la kot as per receipt above.

Sunday, February 05, 2012

Darabif @ IOI Mall Puchong

Salam!

Gara-gara seorang sahabat baik tagged gambar burger Malaysian Moo ke FB Mommy, Mommy terus rasa nak mencuba makan burger yang terjual disana. Sebabnya sangat dekat, di IOI Mall Puchong saja. Harus tu!

Memandangkan semalam  hari minggu cuti, dan Mommy malas masak kami decide mahu mencuba rasa burger-burger di Darabif. Jom layan gambar jap ek apa yang kami order.

 Aisy sibuk nk pose depan kaunter yg ade burger besar ni.

Besar da anak Mommy, setia menunggu burger datang.

 Ini dia! Malaysian Moo dan Lamb Glam.

 Aisy da xsabar nak soh Papa bukak.

 Ini adalah burger kambing! Mbek...

 Isi yang tebal, overall not bad. But bukan favourite Mommyla.

Ini Malaysian Moo Papa! Isi memang tebal.

Harga standard macam restoran burger2 lain. Fries die pun not bad, better than KFC punya fries. Order kami total RM27.xx. Lupa laks.

Sesiapa yg belum cuba, tryla! Original from Malaysia. Lot kedai share with Tutti Frutti. 

p/s: Darabif masih kurang mendapat sambutan, semalam semasa kami makan. Hanya kami customer mereka. Perlukan promosi yang lebih ni. Keep it up Darabif!

Thursday, February 02, 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK

Salam Hari Khamis,

Hari ini 02.02.2012. Menarik tarikhnya! Sikitla... Sementara tgh lunch break training ni, Mommy nak share panduan ini buat semua kawan2 blogger yang bergelar parents, parent-to-be dan sesiapa sahaja. Bagus sebenarnya, mungkin ada yang telah tau bole anggap ini sebagai ingatan ye!

Jom!


Zaasss!!!!



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Remy Ishak @ Aneka Jitra Mall, Kedah

Salam semua

Entry ini sepatutnya dikeluarkan lama dulu, tapi sebab kebizian Mommy dengan training dan kerjaya baru, entry ini telah ditangguhkan selama 2 bulan. Huhu... Hinggalah ke hari Remy Ishak (RI) muncul sebagai CAMEO pada malam juara lagu dalam persembahan Alyah, Kisah Hati bersemangat Mommy nak share story ini.

Ok, sebenarnya RI mengikuti Dashing Road Show Tour di Aneka Jitra Mall, Kedah pada 26 Nov 2011 (Sabtu) yang lepas. Dan kebetulan Mommy sekeluarga pulang bercuti di Kedah sebab ada kenduri aqiqah. Jadi, Mommy tidak melepaskan peluang ini untuk bersua dengan pelakon pujaan idaman Malaya ni.


Even, Mommy bukanlah orang Kedah but since Mommy di sana Mommy nk jugak bersua 4 mata dengan beliau. Hehe...
Pada hari kejadian, program dikata bermula jam 3 petang dan akan berlangsung selama 2 jam sahaja. Mommy tiba lewat sket je. Papa yang hantar, yela kena mintak izin suami dulu. Dan Mommy ditemani oleh adik sepupu, Angah Fadilah. (TQ ye teman Kak Ana jumpa RI!!!) Mula2 budget RI belum sampai, rupanya sudah terpacak atas pentas tu ha! REMY ISHAK!!!!!!! Excited giler. Siyes!

Jom kita roll gambar2 semasa hari INDAH tersebut. Banyak sebenarnya, tapi Mommy upload yang cantik2 dan penting je k?

 Muka serius main game

 Inilah game nya!
RI dapat masa terbaik dibandingkan dengan masa 2 peminat yang main pada hari it.

 Buat muka comel masa salah seorang peminat sedang main game.

 Bersedia untuk sign Autograph, cek HP dulu.

 It's Mommy, excited!

 Sembang apa ntah, Mommy pun lupa. SUKA!

 TQ sebab sudi sign dan amik gambar sama. Pastu semua peminat lain ikut amik pic pakai HP.

 Mommy orang ke2 yang amik autograph masa tu. Gila excited!

 Bizi signing autograph


Menyempat gak tu. Abaikan Mommy yg selebet hari tu. Sibuk tlg kenduri kan? Lari gak curi masa nk bersua dgn RI. Peace!
Happy sangat dapat jumpa RI!

Wednesday, February 01, 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

Salam,

Kebelakangan ini Mommy suka sangat FBwalking ke FB kawan2 yg kadang2 Mommy tak kenal pun. Tapi, buat kawan sebab banyak perkara yang boleh kita sama2 kongsikan untuk manfaat semua. Jadi, Mommy nak share isi kandung tajuk diatas.

Sharing is Sexy!~

1.) Kita bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid... Allah izinkan terus masuk Syurga...

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka denganNYA.

Pedoman dan peringatan buat diri saya dan semua. Hargailah apa yang ada didepan mata kita sekarang sementara Allah memberikan kita peluang ini. Hargailah dengan seikhlas hati dan penuh keinsafan. Semoga kita semua digolongkan sebagai hamba2Nya yang diberkati dan diredhai.

OMBAK RINDU | Lirik Keinsafan Versi Taubat


Tuhan tolong lembutkan hati hamba,

Untuk mencintaimu seadanya,

Kerna ku tak sanggup,

Kerna ku tak mahu,

Menghadapi seksa nerakaMu.


Tuhan aku tahu banyak dosaku,

Hanya ingatkanMu kala dukaku,

Namun hanya kamu,

Yyang mampu membuka pintu hatiku,

Untuk cintaMu.


Allah...

Ampunkanlah hambaMu,

Yang selalu mendustakan janjiku,

Agar kelak ku takkan diseksa,

Kerna dosa2 masa lalu.


Allah...

Jatuh airmataku yang terus mengalir mengiring doaku,

Allah...

Yang mengampuni segala dosa-dosa,

Hamba yang meminta,

Hnaya mempu berdoa,

Moga maghfirah tiba nanti.


Monday, January 30, 2012

Remy Ishak muncul di AJL26




Wow! Tak sangka Abg Remy akan muncul pada AJL26. Seperti yang kami (Remy Ishak Fc) harap2kan, muncul juga Abg Remy memberikan gimik kepada persembahan Alyah. Mungkin ada sesetengah pihak yang bertanya, nape mesti ade Remy Ishak?

Pada peminat Abg Remy, lagu Kisah Hati - Alyah ini sudah sebati dengan Abg Remy. Bila dengar je lagu ini, secara automatik akan terbayang wajah macho hensem Abg Remy! Alhamdulillah, gimik tersebut membawa kejayaan kepada Alyah apabila menang Persembahan Terbaik. Terrrrrrbaaaaaaaek!

Keputusan keseluruhan malam itu:
Persembahan Terbaik - Alyah (Kisah Hati)
Vokal Terbaik - Hafiz (Awan Nano)

Tempat Ketiga - Faizal Tahir (Karma)
Tempat Kedua - 3 Suara (Beribu Sesalan)
Tempat Pertama - Hafiz (Awan Nano)

Tahniah kepada semua pemenang. Keputusan pada tahun ini ok, puas hati. Sangat puas hati. Juri-juri pun adil dan faham kehendak dan pendapat peminat muzik tanah air kita. Kesimpulannya, AJL26 memang best. Persembahana semua MANTOP! Saingan pada malam ini sangat2 SENGIT! Semua lagu2 yang menang pula memang lagu2 kesukaan Mommy dan Aisy! Aisy pun pandai nyanyi tau. Jangan tak caya!

P/S: Xsabar nk tonton semula persembahan Alyah di tonton.

Sunday, January 29, 2012

Dulang Berkaki UNTUK DISEWA



(Dulang ini yang digunakan ketika Majlis Nikah Mommy dulu)

Dulang diatas ini adalah simpanan peribadi Mommy sekeluarga. Daripada tersimpan tidak dipakai, adalah baiknya Mommy sewakan kepada kawan2 yang memerlukan.

Semuanya ada 13 UNIT. Mommy sewakan RM9 untuk setiap unit.
Kalau nk sewa 10 unit, RM90 semuanya. Mana yang nk sewa banyak Insyaallah harga bole dirunding.

Jika ada sesiapa berminat, bole email kepada Mommy:
fanaqila.suffian@yahoo.com

Sertakan butir2 dibawah juga ye?
* Nama & Contact No.
* Bilangan Dulang diperlukan
* Tarikh ambil dulang
* Tarikh Majlis

Mommy prefer mereka yang duduk di area Lembah Klang sahaja ye!

Selamat menyewa!~

Kain Pasang SULAM INDONESIA

Salam!

Mommy nak promote sket ni, sekarang Mommy agak sibuk dengan ambil order kain-kain pasang sulam daripada Indonesia. Jika ada yang berminat, bole singgah ke FB Page ini, AnaliaForYou.

Jom kita tgk antara design2 yang ada.

 SULAM BUNGA TULIP

 SULAM KEPALA PENITI

 SULAM MANIK

 SULAM SUJI CAIR

SULAM SUJI TIMBUL CHIFFON

Soal harga, jangan risau. Harga yang Mommy tawarkan memang murah berbanding harga pasaran. Akan tetapi kain pasang ini adalah PRE-ORDER. Ambil masa dalam 4 minggu untuk kain siap dan tiba sebelum Mommy deliver kepada customer. Order dibuat direct daripada kilang di Indonesia.

Kalau berminat nk order jangan segan2 ye. Kalau nak cuci-cuci mata pun bole, singgah jela ke FB Page AFY.

See ya! Nite!

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com