HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Thursday, September 30, 2010

Rasa sangat muda

Arini saya rasa sangat muda...

Mudanya....

Nape tetiba saya rasa sangat muda?

Sebabnya....

1) Saya bekerja di opis client, bukan opis sendiri. So, bila dtg opis client xde sape yg lain. Then, diorg sume igt saya ni masih single. Bila bgtau je, "I'm married, anak 1". Diorg mesti shock! [peace!!]

2) Saya pergi butik pakaian masa lunch time td. Butik tu ade jual baju2 baby termasuk dress. Saya saja usha, mana tau ade dress cantik buat Aisy.
Sales lady tu tnya, "Beli untuk anak buah ke adik?".
Aku jawab, "Eh, xla. Untuk anak sendiri."
Terkejut dia. "Oh, da kahwin ke? Ingat awk masih belajar" [huhu....]

3) Saya ni sebenarnya DISEMBER's baby!!!! Sesiapa yang lahir pada bulan ini memang selalu kelihatan muda dari usia sebenarnya kan? Kan? Kan?
[Anak saya pun sana, kami geng!]

4) Di kalangan ahli LUCAH's club sekolah saya dlu. Saya yang paling muda + cute! Tapi saya kawen dulu. [macam gatal je bunyinya kawen dlu]

5) Saya bole selalu celebrate birthday macam zaman kanak2, sebab bulan 12 selalu cuti. Dalam adik-beradik, even saya anak sulung birthday saya mesti kami akan celebrate. Best woo!!! Tahun ni saya celebrate ngan Aisy. Together. Mommy & Aisy bole tiup lilin & potong kek sama2. Tp masa ni rasa kurang muda kot. [erk!!!]

Tuesday, September 28, 2010

Kami Raya Bertiga

(Lambat betol aku berkongsi cerita tentang raya, rini da 19 Syawal.)

Alhamdulillah...

Aidilfitri tahun 2010 ini kami beraya bertiga. Tahun lepas kami beraya berdua sementara si kecil masih dalam kandungan. Tahun ini beraya, si kecil da berusia 8 bulan. Huhu...Cepat je anak Mommy ni besar.

Pagi raya kali ni, kami beraya di Puchong...bersama Mama & adik2 ku. Raya kedua hingga ke raya kesembilan, kami berada di Jitra, Kedah.

Pagi raya, seperti raya kebiasaan sebelum aku bergelar isteri. Kami akan bersembahyang raya. Tapi kali ini, aku tidak dapat turut serta. Perlu menjaga si kecil di rumah. Syg, Mama & adik2 pergi bersembahyang raya. Aku di rumah, bersiap dan menyediakan makanan untuk dijamah di pagi raya.

Sekembali daripada sembahyang raya, bermula sesi bermaaf-maafan sesama kami. Hua! Sedih. Masa nila nk minta maaf ngan Mama & Abg dosa2 sepanjang tahun ni. Juga acara memberi duit raya dan kemudian makan.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami bergegas ke Tanah Perkuburan USJ 21 untuk menziarah pusara Arwah Abah. Ramai dan sesak suasana disana. Ramai umat Islam yang menziarahi pusara ahli keluarga dan sanak saudara masing-masing yang telah kembali ke rahmatullah.

Kami membaca surah Yassin dan Tahlil ringkas buat Arwah Abah di ketuai oleh adikku, Bakim.

"Selamat Hari Raya Abah. Along minta maaf segala salah silap Along selama ni pada Abah. Halalkan segala makan minum Along daripada Along kecil sehingga hari nyawa Abah diambil. Terima kasih atas pengorbanan Abah selama ni. Maaf juga sebab Along tak sempat nak balas budi & jasa Abah pada Along & Adik2. Tahun ni kita beraya dengan cucu pertama Abah sekali. Aisy. Along doakan semoga roh Abah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amin."

Tahun 2010 adalah tahun ke 4 kami sekeluarga beraya tanpa Arwah Abah. Sejak 4 tahun lalu, raya kami kurang meriah tanpa Abah. Aisy pun tak berkesempatan nak melihat Atuknya.

Next!

Kami terus pergi beraya ke rumah kakak2 Arwah Abah. Mula2 ke Paya Jaras Sg Buloh, pastu ke Ulu Klang, Kg Baru & Salak South. Malamnya pula, kami ke Kelana Jaya. Rumah majikan Adikku, Angah. Dato' ape ntah. Lupa aku. Dari Kelana Jaya kami terus pulang balik ke Kg Batu Laut, Banting.

[Papa & Aisy, dalam kereta nak g beraya]

 

[Aisy & Mommy, boria polkadot]


Pagi raya kedua, dlm 8.30 pagi kami memulakan perjalanan kami ke Utara. Sepanjang perjalanan kami layan lagu Maher Zain. huhu... Sgt best. Antara lagunya ialah Insyaallah, For the rest of my life, Always be there, Awaken (Is Allah satisfied?), Barakahallah, The Chosen One dan Hold my hand.

Lebuhraya Utara Selatan tidaklah sesak seperti yang kami jangkakan. Tetapi semua R&R memang sesak dengan orang ramai yang hendak pulang beraya di kampung masing. Kami berhenti di 3 R&R. Sebabnya sang suami mengantuk, mahu carik nyawa katanya (hisap rokok).

Kami tiba di Jitra (Rumah Mertua saya tepat jam 2.30 petang). Petang itu kami terus beraya sehingga hari Sabtu berikutnya. Ke rumah saudara mara, rakan2 suami dan rumah sahabat saya juga, Razlina.


[open house rumah Apai + Maziah]

Kla, gtg. Nak sambung buek kerjo ni.

Bertemu di lain waktu.

Daa!

Friday, September 24, 2010

9 BULAN

29 Sept ini....

Aisy genap 9 BULAN!!!

Diam tak diam anak Mommy da 9 BULAN....

Status perkembangan Aisy kini:
1) Dah pandai duduk (even bukan duduk sendiri)
2) Dah tersangat pandai makan. Suap je makan, mesti akan 'nyanyi'. Senang hati dapat makan.

[beriya2 Aisy mkn biskut Farleys Rusks (perisa original) die]

3) Dah kenal orang, orang yg xbiasa nampak xnk ikut. Especially orang lelaki. Takut agaknya. Kena pandai pujuk, baru die nak ikut. If Mommy die balik keje, xsmpt Mommy nak bukak tudung da bising nak Mommy amik. Amboi2...
4) Da pandai berjalan dan bergerak guna Walker. Mula2 letak dalam walker xbergerak langsung.


5) Suka main rambut Mommy smpi bole gelak kehkeh kuat2 even waktu da pukul 11 malam. Suka tdo lewat if Mommy and Papa blm tdo.
6) Pandai tepuk tangan da. Asal dengar je Mommy nyanyi lagu 'Tepuk Amai2' atau suap makan. Mesti tepuk tangan.

7) Aisy juga suka senyum. Pemurah senyuman anak Mommy ni. Ramai orang puji, sampai ada yang kata 'ni mesti ibu dia suka senyum masa mengandung dlu'. hehe... Aku senyum je.


8) Suka mandi!!! Sebab dapat main air. Selalu Mommy mandikan kat sinki je. Senang...huhu...Masa kecik2 dlu bole la mandikan tub mandi baby. Sekarang da bulat. Sinki pun jadi.




Wednesday, August 25, 2010

Kisah gigi

Hai yai yai

Sejak semalam Mommy sakit gigi. Ade 1 gigi geraham ni.

Alkisahnya...


Masa habis study dlu, Mommy sebenarnya da ade rasa sakit pada gigi yg sama. Jadi, da decide nak cabut. Bila pergi je dentist (government je), doc kata gigi ni ok je sihat dan elok lagi. Npe nak cabut? Tapi gigi ni selalu sakit. Doc still xbg cabut. Then balik.

A few days after...

Makan roti, pastu suddenly mcm tergigit batu. Gigi tu pecah! Erk....Sudahnya da mcm ape je. Rupanya gigi tu luar elok but dalam retak. Sabar jela. Patutla selama ni sakit je gigi tu.

Until now after da anak sorang, sakit tu kembali. Tension je. But gigi yg da hilang hampir 2/5 daripada rupa sebenar masih tertanam dalam mulut ni ha... Adoi..

Last year masa preggy, Mommy ade pelan nak cabut. Sebab penah sakit. Tapi hubby xbg. Sebab katanya nnt takut effect baby. Pergi checkup kat klinik pun sama. Doc soh tangguh dlu. Sbb masa checkup tu bulan puasa. Sudahnya tak cabut gak sampai laa...

Dan sejak semalam, gigi ni bukan main berdenyut2 dalam mulut ni.

Adoi!!!!


Gigi oh gigi...


Friday, August 20, 2010

Promosi Kuih Raya from Ida's Home Made Cookies

5 Bekas = RM100

Salam

Hari ini 10 Ramadhan, genap 10 hari umat Islam seluruh dunia berpuasa. Tapi Mommy baru hari ke 4 puasa. huhu... [6 hari cuti, Allah Bagi Cuti (ABC)]

Oleh kerana Hari Raya Hari Kebesaran buat semua umat Islam makin hampir, mesti masing2 sibuk dgn persiapan raya. Hiasan rumah, baju raya, perabot baru, persiapan nk balik kampung, kumpul duit utk duit raya...huhu... x lupa juga kuih raya! Sebenarnya Mommy nak promote kuih raya yg Mama Mommy buat. Cuma tahun ni ade 5 jenis je. But, no worry about rasa die. Mmg sedap. Da lebih 5 thn jual kuih raya ni. Home made tau.

Tahun ni Mommy ade jual 5 jenis je, iaitu:

1) Marble Cookies

2) Conflakes Chocolate Chip

3) Almond London

4) Tart Gulung

5) Conflakes Madu (cup sederhana)

Harga?

Hanya RM22 utk setiap bekas. Dalam setiap bekas ade 50pcs atau lebih.

PROMOSI RAMADHAN KALI INI 5 BEKAS DENGAN HANYA RM100!!! (bole mixed jenis kuih)


Valuable. Tak rugi beli.

Sila rujuk entry tahun lepas pasal kuih raya ni utk gmbr.

Gambar kuih tahun ni, Mommy blm sempat ambil.

Nak order, bole sms ke 012-9057309 atau email ke fanaqila.suffian@yahoo.com.

Selamat Berpuasa!

All that a WOMEN want...

That's all WOMEN want....


....Plain looking husband


....Normal simple ring



....Small wedding reception



....Honeymoon at any place



....Small house for kids to run around



....Lovely children



....Husband is a family man



....but work hard


....Small car for shopping



....Another car for kids



....some collections



....Shoes for each occasion



....some nice outfits



....a bit of cosmetics



....a bit of makeup



....overseas trip once a year



....more often on domestic trips



....Dinner



....Presents occasionally



....Finally, some securities




THAT'S IT.
WOMEN ARE NOT DEMANDING AT ALL!

MANA BANYAK PUN, 20 JE TAU.



Wednesday, August 18, 2010

Mommy Terfikir2

Mommy terfikir2...

Hujung tahun ni igt nak celebrate besday Aisy setahun. Bole sambut besday Mommy skali. ihiks!

Mommy 20hb and Aisy 29hb.


Mommy terfikir2...

Kalo wat majlis pada 25hb, masa cuti Chrismas ok x?

Sebab masa ni mesti ramai orang cuti. 25hb hari ape ek? Sabtu!!!

Okla tu. Nnt bincang ngan Papa ok ke x tarikh.


Mommy terfikir2...

Tema nk wat tema ape? Warna ape?

Pink ok x?

Kek pulak nk kek bentuk ape?

Dlu masa Mommy 1 thn Mommy punya kek no 1.

Aisy punya kek bentuk ape Mommy nak pilih? Ladybird? Love? Barbie?

hua! confuse....

Mommy terfikir...

Venue pulak? Nak wat kat mana? Teringin nak wat kat Restoran mana2. Taman ke... Tempat rekreasi ke? Nnt nak setup leceh pulak.

Hmm...Wat kat umah jela.

Pasang 1 khemah, kerusi meja, hiasan dll. Ok je kan? Selama ni pun kalo Mommy yg celebrate besday pun wat kat umah je.

But kalo wat kat Wetworld Shah Alam ok gak kan?

Huhu... Nnt bincang lgi ngan Papa.

Macam2 Mommy terfikir utk Aisy ni. Nak beli itu ini. Tapi disebabkan kekangan kewangan yg Mommy hadapi sekarang. Niat murni Mommy tu terpaksa ditangguh.

Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki hambaMu ini Ya Allah agar aku dapat membesarkan zuriatku ini dalam keadaan sempurna dan penuh keberkatan. Amin.

Tuesday, August 17, 2010

Aisy suka makan

Petang itu.....


Kami bertiga ke tasik berhampiran rumah. Saja nak bawak Aisy jalan2. Mommy teringin minum cendol. Papa beli. Hmm...


Aisy pun sibuk je nak cendol jugak. huhu...
Tengokla gaya die. Macam pandai makan je.


Muka merajuk sambil termenung sebab xdpt minum cendol.
Cute!


Mommy tunjuk camera depan mata.
Senyum pun!
*tengok tangan Aisy. siap masuk poket.


wah! muka happy dapat kuar jln2.



Kat tasik ni jugakla tempat Mommy & Papa posing2 pas Majlis Bersanding dlu.

Kenalkan Masjid belakang tu?


Aisy ngan Mommy yg muka cam xsiap.


Asyik menong je syg mommy ni. Tengok org lain main playground.
Syg kecik lagila. Tunggu da de kaki nnt baru Mommy bagi main playground k?


Pastu Papa beli aiskrim pulak.
Aisy nk juga?
Amboi...


Muka tamau kongsi aiskrim ngan Mommy.


Muka da dapat aiskrim.
Nyum2x!


Papa pulak suap aiskrim.

Anak Mommy da pandai mamam skrg!

Macam2. Makan aiskrim, roti, nasi, biskut.....

Syg Mommy da besar, bulat & tembam!

Monday, August 16, 2010

Nak mengadu

Salam

Hi blog!

Saya nak mengadulah.... Sejak kahwin ni, saya asyik terkepit je.
Antara suami tersayang dan bonda tercinta.

Tension sgt.

Saya cuba gaya hati kedua2nya. Tapi sering ada je halangan. Pasti salah sorang nnt akan tunjuk perasaan dan luahkan ketidakpuasan hati mereka.

Terkadang rasa seksanya.
Saya tak nak menanggung dosa hanya kerana saya tidak dapat mengikut @ memenuhi permintaan mereka. Saya hanya dapat berharap mereka faham tentang keadaan & situasi saya ini. Saya minta maaf jugak seandainya kalian berdua marah & terasa hati dengan saya. Saya keliru. Saya tak sampai hati. Tapi hati saya tetap sayang kalian berdua. Sayang sgt.

Harap semuanya kembali baik seperti asal. Hari ni da Ramadhan ke 6. Tapi ketenangan yang saya cari, belum saya temui. Apa perlu saya buat?

Cute Baby Contest @ Huiyo Bazaar

Salam...

Lama sgt Mommy biarkan blog ni bersawang tanpa sebarang update dan cerita baru. Bz dgn blogshop Mommy, AnaliaForYou. Kepada sesiapa yg berminat nak shopping ngan Mommy, jomla. Support my bisnes k? Dan buat sesiapa yg da pernah bershopping ngan AFY. Thanks so much dan Mommy minta maaf kalo ade kekurangan, kelambatan order anda. Segala komen anda akan Mommy terima.


Btw, kali ni Mommy nak kongsi cerita hujung minggu ritu. Sabtu, 31 July 2010. Mommy mendapat invitation kat FB utk dtg ke Huiyo Bazaar dan sertai baby contest yg diadakan oleh penganjur, iaitu owner Little People Home Boutique. Mommy pun bersemangat la nak daftarkan Baby Aisy masuk contest tu. Huhu...Pendaftaran RM10 je.


Hari bazaar berlangsung, Papa keje. So, Mommy kat umah ni bersemangat nak siapkan Baby Aisy. Nak pakai dress yg pakai masa Cukur Jambul dlu la.

Tadaa!!!!
[Anak Mommy yg cute lg bulat]

Papa sampai umah lebih kurang pukul 2. Mommy pun cepat2la bersiap. Takut lambat pulak sampai lgi. Jln pulak mesti jem. Contest start pukul 3. huhu...

Kami sekeluarga tiba di Dewan MBSA Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 3.15 ptg. Terus kami mendaftarkan nama Aisy sebagai bukti kami hadir. Lepas daftar, kami berjalan2 dlu sbb masih ramai yg blm dftrkan penyertaan @ dgn kata lain, ada yg xhadir. Mommy pun ape lagi. Shopping tdg! Papa layan kan je.... Igt nak carikan Aisy dress, tapi xde yang berkenan pulak.

Hehe...Walaupun panas pakai dress ni. Anak Mommy tetap maintain cute. Xwat perangai pun. Masa ni nak tunggu giliran nak tunjuk diri pada para juri.


Lama sangat tunggu keputusan keluar, Aisy sampai tido2. Cian anak Mommy. Papa pun join tido. Peserta xramai hari tu. Dalam bpe belas orang je. So, peluang anak Mommy nak menang agak tinggi. =)

Tunggu punya tunggu, punya tunggu...Nama Aisy xdipanggil2. Rupanya, Aisy pemenang!
Aisy, anak mommy the winner of Cute Baby Contest, Huiyo Bazaar.

Alhamdulillah! Rezeki Aisy. Menang RM100.

Amik hadiah sambil tido. Anak Mommy yg kepenatan.
  
Balik dari Bazaar tu, kami sekeluarga singgah ke Tasik Shah Alam. Lepak2 tei tasik sambil makan McD. Nyum3x!


Aisy mamam French Fries.
Huhu....Tu jela dlu kisah kami buat masa ni. Ade banyak kisah lagi. Kisah sadis dan sedih. Tapi cam xsempat nak diceritakan di sini. Nnt kongsi ek?

Wassalam.

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com