HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Tuesday, September 29, 2009

Kembali Bekerja

Hi
Da dekat dua minggu aku hilang dari memblogging. Cuti Raya. hihi.. Cepat sgt masa berlalu. Sekejap je raya da lebih seminggu berlalu. Baby pun da makin besar. Da pandai gerak2, tendang2 perut mummy ek. ^_^

Sejak mengandung ni muka mummy pucat je sll. Tpi xpe, baby punya pasal. Tpi mummy ade darah tinggi la syg. Doc inform after wat 3rd checkup ritu. Aiyak! Kena control makan. Tpi mummy xkontrol. Sbb nnt baby lapar plaks. Mummy doakan baby sihat selalu k? Khamis ni kite g checkup lagi tau. Daddy da nak smpi amik mummy ni. Muah! Cyg baby..

Doa buat baby syg,

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Amin.

0 komen:

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com