HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Sunday, July 31, 2011

"Help me I need a MAKEOVER Competition SEASON 3!"

Salam Ramadhan!~

Lama sudah Mommy tak join mana2 contest samada di FB atau blog2 blogger. Kali ini Mommy nak join contest anjuran Aleeya's Touch





 Mommy pertaruhkan gambar ni dengan makeup nipis sahaja. 


Harap ada dikalangan anda pengunjung blog Mommy dan kawan2 blogger sudi mengundi. 


Cara-cara untuk mengundi:
1) Anda diminta untuk mengundi FB page Aleeya's Touch. 'Like' pada LINK INI.
2) Sila 'Like' gambar saya ini. KLIK SINI.

Hadiah-hadiah yang disediakan untuk para pemenang juga sangat menakjubkan.

CUBA ANDA LIHAT!


Sgt menarikkan???? Sila klik imej untuk gambaran lebih jelas.

Harap anda semua dapat tolong mengundi agar Mommy dapat merealisasikan impian Mommy untuk kelihatan cantik jelita dan berseri2 dengan hasil solekan make over daripada Aleeya Zailan.

Terima kasih.

Friday, July 22, 2011

Johnson's Baby of the Year 2011

Salam!~

Minggu lepas, Mama kepada Mommy terjumpa berita tentang Johnson's Baby of the Year 2011. Yela, Mama tu hari-hari baca surat khabar. Harian Metro. Memang aktiviti wajib Mama untuk baca surat khabar. Kalau tak, tidak lengkap hidup beliau. Mama kata tak join ke contest ni? Aku kalau bab2 contest untuk baby sekarang mmg pantang. Mana yg bole nk join je.

Jadi, malam tu Mommy google la web yang diperkatakan dalam berita tu. DI SINI. Tahun lepas, 2010 yang menang baby india lelaki. Mommy pun browse la cara-cara untuk menyertai contest ini. Rupanya Johnson's ada tawarkan In-Store Photoshoot. Terbuka kepada semua pelanggan yang membeli barangan Johnson's. Sesi bergambar ini masih dibuka sehingga 19 Ogos 2011. Tarikh tutup contest 31 Ogos 2011. Penyertaan melalui online pun dibuka juga. Sila lawati link diatas ye untuk maklumat lanjut.

 Oleh kerana terlalu excited, Mommy plan ngan Papa nak pegi ke Jusco Equine Park pada Ahad lalu. Antara Jusco yang berhampiran kami. Peremata-mata utk mendapatkan barangan Johnson's dan untuk join contest ini. Hehe... Lagipun kami memang pelanggan tetap Johnson. Semua barangan mandian memang Johnson. Cubalah ambil peluang yang ada. Mana tau kami bole menang hadiah-hadiah dan wang tunai kat bawah ni.

Menarikkan? Tu yang Mommy excited. Kepada sesiapa yang ada baby lingkungan umur diatas, jomlah join. Mana tau ade peluang untuk jadi shortlisted. =) Sebenarnya contest ini ade buka untuk online contest juga. Berpeluang utk memenangi tiket melancong ke Disneyland Hong Kong. Cuma pada Mommy agak leceh. Sebab nk kena scan resit and upload bagai. Lagipun xde scanner. Huhu... Pape pun Aisy da join. Harap diberi peluang terpilih dalam senarai pendek baby comel dan sihat...

Sekiranya nilai pembelian melebihi RM20.00 dalam 1 resit, boleh dapat gambar seperti ini:

 Ini gambar Aisy yang telah diframekan. Ok x?

COMEL & SIHAT tak pada pandangan anda?

 Semasa sesi bergambar. Ingat nak suruh Aisy berdiri je tapi jurugambar suruh duduk dalam baby chair tu je. Senang nak uruskan.


Selepas bergambar kami makan di A&W. Layan!~ Lapar da kan? Then kat depan A&W ade event Carnival Shoes daripada Jusco. Sempena Mid Year Sale nak raya ni. Sementara tunggu Mommy nak try kasut pelbagai design dan brand tu, Aisy jumpa benda alah kat atas ni. CERMIN! Sibuk main depan cermin. Budget lawa la anak Mommy tu. Siap main cak! cak!. Cute!!!!~

Akhir kata, harap gambar Aisy terpilih dalam senarai Top 20. Sebab mereka hanya akan pilih 20 baby sahaja ok???? Semoga nama Aisy Nur Qairina Binti Mohd Noor Hakimi naik. Amin.

Thursday, July 21, 2011

BARU

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah...

Azam Mommy untuk mengubah ke rutin kehidupan baru peringkat pertama tercapai. Mommy berjaya mengubah haluan daripada KL ke Subang Jaya. Daripada 8.30pg - 6.30ptg ke 8pg - 5ptg. Akhirnya, harap sangat perubahan ini tidak memberi masalah yang banyak untuk  Mommy menjadi kehidupan sebagai isteri dan ibu.

Walaupun perubahan ini tidak dapat membuatkan mengelak daripada outstation, Mommy tetap bersyukur. Semoga Allah murahkan rezeki Mommy disini. From one CASB to another CASB. Aishh....!~ Mommy mengharapkan permulaan yang baik disini. Dengan suasana baru, kawan baru, tugasan baru (walaupun tugasan asas tetap sama), boss baru, gaji baru, lokasi baru, laptop baru dan macam-macam la baru. Hehe...

Hari ini, genap 5 hari bekerja Mommy di CASB baru. Tidak banyak yang boleh Mommy kongsikan. Sekarang Mommy masih didalam tempoh belajar, memahami dan mengenali proses dan konsep bekerja disini. Tugasan yang bakal Mommy jalankan telah di terangkan. Medan? Vietnam? Nusajaya? Taiping? Miri? Bintulu? Antara lokasi yang bakal Mommy pergi... Cuba nak elak, macam susah. Dugaan lagi... Harap dapat lalui ini semua dengan tenang dan tabah. Demi kerjaya dan mencari rezeki.

Oh, ade lagi 1 'baru' yang Mommy nak kongsi. Semalam Mommy da nampak gigi baru Aisy. Nak tumbuh gigi yang ketujuh (7). Gigi bahagian bawah, sebelah kanan. Patutla dua tiga hari ini Aisy asyik meleleh je air liur. Rupanya nak menambah gigi.

Okla, sambung nanti. Mommy nak sambung menganalisa data yang telah diekstrak pagi tadi. Accounts Payable process watch out!~

Wednesday, June 08, 2011

Sistem Transit Aliran Ringan

Salam petang Rabu!
Hari ini hujan lebat dan angin kuat di KL. Terus,kesesakan lalu lintas di KL terus menular. Mulai jam 4 sehingga skrg jam 7 ptg.
Mommy tersangkut dlm jem? Oh! Tidak sama sekali. Sejak 3 bulan y lalu, Mommy da jd penumpang tegar LRT. Merangkumi aliran Ampang dan Kelana Jaya. Okla, xyah bsesak2 mengadap jem. Cuma perlu byk berjalan dan be on time supaya xtrtinggal tren bg mengejar masa sepatutnya tiba ke tmpt kerja. Ikutkan Mommy ble je drive. Tp memandangkn waktu kerja Mommy y panjang (8.30am-6.30pm) dan Papa pulak da mula bekerja di Putrajaya atau Cyberjaya maka inilah alternatif supaya Mommy tidak sampai rumah lewat.
Ok jugak naik tren ni. Kita berpeluang jumpa ramai orang,samada y xdikenali or y kita kenali (esp kwn2 lama). Walaupun bersesak2 tp xpe. Ini pengalaman buat warga KL. Rugi kiranya korang xpernah naik. Sekarang pn Mommy dalam tren. Bru je tkr tren kt Masjid Jamek nak ke Bkt Jalil. Hehe..Ptg ni lg sesak compare dri semalam. Padahal skrg musim cuti sekolah.
Sebenarnya Mommy xsbr nk tnggu wujudnya LRT extension dri Puchong. Lambt btl! Start bulan puasa nnt Mommy da xbpluang naik tren lg. Kene drive pulak. Sbbnya Mommy ada good news nk share ngn kalian nnt. Hmm..
Ape2 pn naik tren best je. Dpt tgk mcm2 ragam org pegi keje,sekolah,jalan2,blk keje,sekolah. Ragam org dating,tdo,sembang kuat2,gerabak sepi,tren sesak etc. Lawak pn ada. Okla, Mommy penat nk taip smbl bdiri. Daa!

Friday, May 20, 2011

Fire Drill @ Gardens South Tower

Yesterday, 19 May 2011. I am suppose to attend training on the Equity Valuation Methologies organised by CPA Australia. Venue of the training was in CPA Australia office at The Gardens South Tower. By 8.00am I've reached the lobby and sit on the big sofa there. I'm so sleepy. huhu...

8.15am I've called my colleagues and they were at the McDonald having their breakfast there. I decided to go in Mid Valley and join them. Along the way to McD, I saw event management team busy all around to setup the Pirates of Caribbean 'booth' roadshow for HSBC and Malaysia Airlines at the Centre Court, GF. They want to promote their credit card and air flight services respectively.

Nice ya?

Aku kaya!!!! Ini emas aku yg punya!


After bought Milo from McD, we go in to CPA office for registration. Unfortunately, after signed for the attendance we've instructed to go down back since the South Tower will have the FIRE DRILL training... Hoho....  [This is considered my 2nd time experience of Fire Drill at other people office area. Previously at Bangsar South.]

We've to wait for about 2 hours for them to finished the training. So, we had 2 in 1 training today ya. It is great? The actual training only start at 11.00am.

Assembly Area (between Mid Valley & The Gardens)

Snap while waiting for the assembly done

2 in 1 training
Fire Drill and Equity Valuation

Kisah 18 May

-Kisah 18 May 2011-

Ini adalah kisah yang telah terjadi pada tarikh di atas. Agak menggembirakan buat Mommy sekeluarga. Tarikh ini sebenarnya genap tarikh kelahiran adik lelaki kedua Mommy, Bakim. Rasanya Mommy pernah post entry yang Bakim dapat masuk matrik dan pergi antar die ke Matrik, KMTPh setahun yang lalu. Alhamdulillah...Bakim da tamat belajar kat Jengka tu.

Al-kisah nk dijadikan kisah, hehe...[Bahasa ape Mommy pakai ni?] Hari ini sebenarnya hari keputusan peperiksaan matrik sem 2 pelajar matrik keluar. Dan yang mendebarkan serta menggembirakan, Bakim berjaya mendapat keputusan yang baik. Iaitu 4 flat!!! Cayalah.

Bestkan kalau sebagai student setiap semester result cm ni???

Alhamdulillah sekali lagi Bakim berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Sejak dari UPSR (5A), PMR (9A), SPM (10A) dan Matrik Sem 1 (PNGS 4.0). Mama  mesti sangat berbangga sebab satu2nya anak die yang selalu memberikan outcome yang baik dan tidak menghampakan. Tak macam kakak die, setakat cukup2 makan je. Huhu....

Petang tu Mama sms Mommy, jam 1755.

"Hakim dpt 4 flat n birtday..nak belanje ape?mama dah masak nasi ayam la"

Oleh kerana Mama da masak nasi ayam, Mommy pun carik la idea lain. Hmm...Nonton wayang??? Terus Mommy terfikir tentang filem baru Nur Kasih The Movie. Terus Mommy browse ke GSC. Rupanya ade tayangan utk 18 May even official tayangan 19 May. Browse punya browse ade tayangan kat Alamanda jam 2300. Nak buat online booking xdpt, sbb da last minit, nak buat phone booking pun xdpt. Buat bazir bil Mommy je call byk kali. Last2 balik kul 9.30 g terus Alamanda dengan penuh harapan adela tiket utk 3 org. [Kami g bertiga je sebab Papa Aisy & Aisy kepenatan nk tdo sebab baru balik bercuti dari Kedah hari sebelumnya.

Sampai je turn kami di kaunter, org kaunter kata tiket ade 1 je seat available. Itu pun dalam sistem siap tulis availability -3. Pelik betul. We have no choice but to choose today's date to watch that movie. Tonight ok???? 9.00pm. Wait for us ya Nur Kasih The Movie. Hope sgt jalan cerita ni best dan menarik. Nk tgk Remy Ishak!!! Ritu filem Cun tgk kat umah je sebab Papa Aisy tlg download. 

Ok daa...

Thursday, May 12, 2011

Dia dan Aku?

Dia...
Tak pernah faham apa itu tanggungjawab
Tak pernah ada wawasan dan impian

Dia...
Otak selalu sempit
Fikiran sesempit poket dan wallet

Dia...
Sukar ditegur dan tak bole terima teguran
Sentiasa degil
Degil hingga bebal

Dia...
Selalu buat aku bersedih dan menangis.

Aku?
Aku tak pernah mengharap macam2
Cukuplah sekadar kasih sayang dan pemahaman dari dia

Aku?
Aku hanya nak die faham apa itu erti tanggungjawab dan amanah
Aku bukan ingin menyusahkan tapi aku hanya menuntut apa yang aku perlu

Aku?
Dari dulu hingga sekarang, aku sentiasa berdoa
Berdoa agar dia mengerti erti tanggungjawab dan sebuah kehidupan

Aku?
Aku ingin aman dan bahagia hidup bersama dia
Walau apa jua sikap dan perangai dia
Aku terima
Semoga dia berubah dan menjadi lebih bertanggungjawab
Untuk dirinya sendiri, aku dan orang sekeliling

Dia dan Aku?

Tuesday, February 22, 2011

Mommy Aisy Kembali

Salam buat semua blogger!!!


Wah, rindunya nak berblog dan berkongsi cerita dengan semua. Rasanya blog Mommy ni pun telah dilupakan. Maaf sebab lama Mommy menyepi. Tapi bukan sepi tanpa berita, cuma sepi tanpa update. Mommy skrg sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan online kecil-kecilan itu. Disini, AFY. Rajin2 singgah la ye? Kalo sudi nak order, bagi tau je Mommy. Insyaallah kualiti barang dan ketepatan masa penghantaran juga buat semua puas hati.


Masa terus berlalu terlalu pantas meninggalkan hari-hari yang telah kita lalui. Walaupun setiap kenangan dan kejadian yang terjadi masih segar dalam ingatan. Macam-macam Mommy nak kongsi dengan semua. Tapi Mommy belum ada kesempatan. Nanti bila Mommy telah bersedia, Mommy coretkan disini buat bacaan semua ya?


Salam Pagi Selasa,
Mommy Aisy
22.02.2011

Tuesday, December 21, 2010

Berita Gembira daripada ASB

Walaupun berita ini tidaklah menggembirakan sangat, tapi ia cukup bermakna utk orang2 seperti saya.

(^_^)

Pengumuman Dividen ASB 2010

Dividen: 7.5% Bonus: 1.25%

Untuk pengumuman rasmi, sila ke


atau ke

25 sudah!

Saya rindu blog saya!!!!

Lama xupdate ngan kisah2 sibuk + malas saya.


Blog....

Semalam saya da genap 25 tahun.

Saya celebrate dengan MC di rumah bersama suami, Aisy, Mama & adik2. Huhu...

Bagus tak saya?

[da 25 tahun da diri ini, rasa cam tua pulak. ups! matangla.]

25hb ni nak sambut birthday Mommy and Aisy. together2. hehe...kwn2 yang sudi nak join 1st birthday party Aisy, jemputla datang ek.

Sempena ulangtahun ke-25 mommy, mommy harap ini akan menjadi titik permulaan bagi mommy utk menjadi seseorang yg lebih baik daripada semalam. Cekal dan tabah menghadapi dugaan, cobaan dan ujian. 
- Semoga mommy dapat menjadi isteri yang soleh, bertanggungjawab, menghormati dan menyayangi suami.
- Semoga mommy dapat menjadi mommy yang menyayangi dan bisa mendidik anak-anak dengan asuhan yang berkualiti dan diberkati Allah.
- Semoga mommy berjaya menjadi anak yg baik buat Mama & Mama Mertua.
- Semoga rezeki Mommy sekeluarga akan melimpah ruah dan mendapat keredhaan dan rahmat dari-Nya.

Tiada apa lagi yang bole Mommy perkatakan melainkan tanda syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah kerana telah mengurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, keluarga dan anak, saudara mara, kawan-kawan dan semua yg ada dalam hidup Mommy.

Selamat Hari Lahir ke-25, Farhana Aqilah Binti Mohd Suffian!!!! 

Monday, November 08, 2010

Brain Damaging Habits

...Join Keralites, Have fun & be Informed.

1. No Breakfast 
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration. 

. Overeating

It causes harde ning of the brain arteries, leading to a decrease in mental power. 

3. Smoking 

It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease

4. High Sugar consumption 

Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development. 

5. Air Pollution 

The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency. 

Sleep Deprivation 

Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.. 

7. Head covered while sleeping 

Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects. 

8. Working your brain during illness 

Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain. 

9. Lacking in stimulating thoughts 

Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage. 

10. Talking Rarely 

Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain.


The main causes of liver damage are: 

...Join Keralites, Have fun & be Informed.

1. Sleeping too late and waking up too late are main cause. 

2. Not urinating in the morning. 

. Too much eating. 

4. Skipping breakfast. 

5. Consuming too much medication. 

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener

7. Consuming unhealthy cooking oil

As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit. 

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver. 

Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store. 

We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.' 

The top five cancer-causing foods are: 
1. Hot Dogs 

...Join Keralites, Have fun & be Informed.

Because they are high in nitrates, the Cancer Prevention Coalition advises that children eat no more than 12 hot dogs a month. If you can't live without hot dogs, buy those made without sodium nitrate

2. Processed meats and Bacon 

  ...Join Keralites, Have fun & be Informed.

Also high in the same sodium nitrates found in hot dogs, bacon, and other processed meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in bacon also contributes to cancer. 

3. Doughnuts 

...Join Keralites, Have fun & be Informed.

Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they are made with white flour, sugar, and hydrogenated oils, then fried at high temperatures. Doughnuts, says Adams , may be the worst food you can possibly eat to raise your risk of cancer. 

4. French fries 


...Join Keralites, Have fun & be Informed.

Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated oils and then fried at high temperatures. They also contain cancer- causing acryl amides which occur during the frying process. They should be called cancer fries, not French fries, said Adams . 

5. Chips, crackers, and cookies 


...Join
 Keralites, Have fun & be Informed. ...Join Keralites, Have fun & be Informed.    ...Join Keralites, Have fun & be Informed.

All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose labels claim to be free of trans-fats generally contain small amounts of trans-fats. 

Lama Mommy Xupdate

Salam semua...


Setelah sekian lama Mommy biarkan blog ni bersawang tanpa sebarang update & story baru. Sebenarnya banyak nak story. Tapi sbb asyik melayan blogshop yang satu ni, AFY. (sila visit, bole shopping2)

Nnt Mommy akan kongsi cerita tentang:

1- Sahabat baik yg accident
2- Perkembangan Aisy
3- Kerja Mommy
4- Informasi! (Sharing is Caring)

Tunggu ya!

Friday, October 08, 2010

Rahsia Bantal

1) Memeluk bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala Ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur Tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak Punya Bantal

Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!! (hehe....)




Thursday, October 07, 2010

Rambut Dipotong, Potong Rambut

7 Oktober 2010

Khamis

Akhirnya rambut yang aku bela sejak 2 tahun dulu sehingga paras pinggang, ku potong jua.

Kali terakhir aku potong rambut aku, malam raya tahun 2008. Lama aku simpan, sebabnya hubby tak bagi potong. Tapi memikirkan rambut aku sekarang da seperti tidak terurus. Aku nekad. Aku potong juga...

Inilah sisa-sisa rambutku yang telah dipotong.

Banyak tak?

Sayang beb...

Panjangnya lebih 12 inci...

Kena simpan lagi la nmpknya....

Memang sejarah sungguh aku potong rambut. Jenis potong rambut 2 tahun sekali.

Ihiks!

Thursday, September 30, 2010

Rasa sangat muda

Arini saya rasa sangat muda...

Mudanya....

Nape tetiba saya rasa sangat muda?

Sebabnya....

1) Saya bekerja di opis client, bukan opis sendiri. So, bila dtg opis client xde sape yg lain. Then, diorg sume igt saya ni masih single. Bila bgtau je, "I'm married, anak 1". Diorg mesti shock! [peace!!]

2) Saya pergi butik pakaian masa lunch time td. Butik tu ade jual baju2 baby termasuk dress. Saya saja usha, mana tau ade dress cantik buat Aisy.
Sales lady tu tnya, "Beli untuk anak buah ke adik?".
Aku jawab, "Eh, xla. Untuk anak sendiri."
Terkejut dia. "Oh, da kahwin ke? Ingat awk masih belajar" [huhu....]

3) Saya ni sebenarnya DISEMBER's baby!!!! Sesiapa yang lahir pada bulan ini memang selalu kelihatan muda dari usia sebenarnya kan? Kan? Kan?
[Anak saya pun sana, kami geng!]

4) Di kalangan ahli LUCAH's club sekolah saya dlu. Saya yang paling muda + cute! Tapi saya kawen dulu. [macam gatal je bunyinya kawen dlu]

5) Saya bole selalu celebrate birthday macam zaman kanak2, sebab bulan 12 selalu cuti. Dalam adik-beradik, even saya anak sulung birthday saya mesti kami akan celebrate. Best woo!!! Tahun ni saya celebrate ngan Aisy. Together. Mommy & Aisy bole tiup lilin & potong kek sama2. Tp masa ni rasa kurang muda kot. [erk!!!]

Tuesday, September 28, 2010

Kami Raya Bertiga

(Lambat betol aku berkongsi cerita tentang raya, rini da 19 Syawal.)

Alhamdulillah...

Aidilfitri tahun 2010 ini kami beraya bertiga. Tahun lepas kami beraya berdua sementara si kecil masih dalam kandungan. Tahun ini beraya, si kecil da berusia 8 bulan. Huhu...Cepat je anak Mommy ni besar.

Pagi raya kali ni, kami beraya di Puchong...bersama Mama & adik2 ku. Raya kedua hingga ke raya kesembilan, kami berada di Jitra, Kedah.

Pagi raya, seperti raya kebiasaan sebelum aku bergelar isteri. Kami akan bersembahyang raya. Tapi kali ini, aku tidak dapat turut serta. Perlu menjaga si kecil di rumah. Syg, Mama & adik2 pergi bersembahyang raya. Aku di rumah, bersiap dan menyediakan makanan untuk dijamah di pagi raya.

Sekembali daripada sembahyang raya, bermula sesi bermaaf-maafan sesama kami. Hua! Sedih. Masa nila nk minta maaf ngan Mama & Abg dosa2 sepanjang tahun ni. Juga acara memberi duit raya dan kemudian makan.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami bergegas ke Tanah Perkuburan USJ 21 untuk menziarah pusara Arwah Abah. Ramai dan sesak suasana disana. Ramai umat Islam yang menziarahi pusara ahli keluarga dan sanak saudara masing-masing yang telah kembali ke rahmatullah.

Kami membaca surah Yassin dan Tahlil ringkas buat Arwah Abah di ketuai oleh adikku, Bakim.

"Selamat Hari Raya Abah. Along minta maaf segala salah silap Along selama ni pada Abah. Halalkan segala makan minum Along daripada Along kecil sehingga hari nyawa Abah diambil. Terima kasih atas pengorbanan Abah selama ni. Maaf juga sebab Along tak sempat nak balas budi & jasa Abah pada Along & Adik2. Tahun ni kita beraya dengan cucu pertama Abah sekali. Aisy. Along doakan semoga roh Abah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amin."

Tahun 2010 adalah tahun ke 4 kami sekeluarga beraya tanpa Arwah Abah. Sejak 4 tahun lalu, raya kami kurang meriah tanpa Abah. Aisy pun tak berkesempatan nak melihat Atuknya.

Next!

Kami terus pergi beraya ke rumah kakak2 Arwah Abah. Mula2 ke Paya Jaras Sg Buloh, pastu ke Ulu Klang, Kg Baru & Salak South. Malamnya pula, kami ke Kelana Jaya. Rumah majikan Adikku, Angah. Dato' ape ntah. Lupa aku. Dari Kelana Jaya kami terus pulang balik ke Kg Batu Laut, Banting.

[Papa & Aisy, dalam kereta nak g beraya]

 

[Aisy & Mommy, boria polkadot]


Pagi raya kedua, dlm 8.30 pagi kami memulakan perjalanan kami ke Utara. Sepanjang perjalanan kami layan lagu Maher Zain. huhu... Sgt best. Antara lagunya ialah Insyaallah, For the rest of my life, Always be there, Awaken (Is Allah satisfied?), Barakahallah, The Chosen One dan Hold my hand.

Lebuhraya Utara Selatan tidaklah sesak seperti yang kami jangkakan. Tetapi semua R&R memang sesak dengan orang ramai yang hendak pulang beraya di kampung masing. Kami berhenti di 3 R&R. Sebabnya sang suami mengantuk, mahu carik nyawa katanya (hisap rokok).

Kami tiba di Jitra (Rumah Mertua saya tepat jam 2.30 petang). Petang itu kami terus beraya sehingga hari Sabtu berikutnya. Ke rumah saudara mara, rakan2 suami dan rumah sahabat saya juga, Razlina.


[open house rumah Apai + Maziah]

Kla, gtg. Nak sambung buek kerjo ni.

Bertemu di lain waktu.

Daa!

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com