HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Friday, April 09, 2010

the perfect vacation giveaway by ciare :)

STICKY MODE
UNTIL 9 APRIL 2010

Hi again!
Giveaway again...


Sekarang ni mommy Aisy ni nak join giveaway daripada Puan Ciare.
Pasal vacation.


Jom klik banner bawah ni if u guys nak join k. Nak klik banner kat sidebar bole. (^_____^)


Puan Ciare, i pilih gambar ni nk tunjuk kat u time i pegi honeymoon dlu. [tengok jari jemari i masih merah lagi, berinai.] N this is consider my recent and latest vacation. (May 2009) Hua! Lama da i x g vacation. Sebab sebulan after majlis, i terus disahkan mengandung. N now my baby da 3 months! Soon da kena plan nk g vacation b3 dgn baby skali.


[Maaflah gambar ni i xtayang muka, malu u]

Wednesday, April 07, 2010

100 hari

Morning!

Hope all readers sihat2 belaka ek?
Jgn stress2 dan mesti senyum selalu..Tau?

Hari ni aku nk mengumukan yg Baby Aisy da berusia 100 hari.

tub tab tub tab je da 100 hari...

Sgt cepat masa berlalu.

[Pic pagi td: anak dara ni bangun pagi, nk ikut Papa ngan Mummy g keje la tu]

Pagi2 hari Baby Aisy da tersengih2. Yela, malam da sedap tdo dalam aircond.

Baby Aisy da 100 hari, berat pun rasanya da lebih 6 kg. Tapi tak pasti, tunggu pas checkup 3 bulan nnt Isnin (12hb) ek?

Sekarang ni Baby Aisy suka senyum2 dan nak ajak orang sembang tapi suara yg xkeluar2. Suka wat Mummy, Papa dan Mama Wan tunggu2. Tapi, bila xdapat susu suara bole keluar pulak. Siap jerit2. Pandai ek syg mummy ni. Pandang orang gaya paham, tapi ajak 'ngoceh' tamau.


[muka lena tdo slps kenyang dpt susu]

Bila time mandi suka sgt. Mula la tersengih2, tersenyum2 dalam bath tub tu.
Bila time pampers da berat or berak, pandai bising dan buat muka.

[muka geli, hihi]

Wajah2 kesayangan Papa dan Mummy serta Mama Wan. Kalau bole tiap2 masa nak tgk dan ambik gambar Baby Aisy.

Semoga syg mummy ni membesar dengan sihat, cergas dan cerdas.
Chiyok syg! Cepat2 la 'ngoceh'.

Monday, April 05, 2010

Aisy Aisy Aisy


Happy Monday!

Welcome to the Week 14 of Year 2010...

Today, Mommy Aisy to share some of the picas of Aisy taken during over the weekend. hihi...

Cak! pandai tgk camera...









Tdo, slps siap mandi...







Pose tdo yg menarik









Saja pakaikan headband masa tdo sbb nk tayang headband baru yg tempah dri Kak Izzah (CutesCloset).









Dgn Izz kat umah Nenek Ngah di Seremban.







Pose tdo malam td. Aisy pecah record smlm, tdo dari petang smpi ke pagi td. Itu pun still sambung tdo. Bangun pun merenyek sbb nak menyusu tp mata still pejam.

p/s: to Aisy - Mommy always miss you, syg...

Friday, April 02, 2010

Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE



Sempena pembukaan pertama kedai online ini, Ibu Syuhada dengan murah hatinya menganjurkan Cabutan Bertuah untuk pengikut2nya.

Jadi, jom join! Cuba nasib.

Syarat2nya adalah seperti berikut:

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE;

3) letak banner di side bar anda dan link kan ke thread ni;

4) Mestilah dan wajib jadi follower 2 blog ini http://mybabyshoponline.blogspot.com dan http://permatabonda08.blogspot.com (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);

5) Tarikh tutup adalah 04 aPRIL 2010, jam 1.00 am);

6) Letakkan Nama anda di sini (ruangan komen), dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat......

FabuLOVE Giveaway

Giveaway!

Now, I was addicted to join all the contest and giveaway organised by the Malaysian blogger.
And, this is the 2nd giveaway I joined for this month.


So, for those who loves to join all this kind of giveaway and have not join yet, please do click on the picture above and join it!
 
The giveaway was nice and cute. I can give MinMin the Bear Bear to my Baby, Aisy! So sweet...

Wednesday, March 31, 2010

Sweet Like Chocolate 1st Contest


Contest Again!

Let's check it out!

Puan Tifa telah menganjurkan contest di atas. Sila klik utk keterangan lanjut.

Kali ini mommy Aisy antar video Aisy tdo2 ayam utk contest ni.



Nama: AISY NUR QAIRINA BINTI MOHD NOOR HAKIMI
Umur: 3 bulan
Video ini dirakam sewaktu baby Aisy lawan mata, tak mau tdo. Susu da bagi, sudah didodoi. Tak mau tdo jugak. Mata tu bulat je... Ajak sembang baby Aisy macam mamai2. Comel je baby Aisy masa ni. Siap gosok2 mata. Bila da nampak cam tdo, baby Aisy bangun balik. Sudahnya, Mama Wan suka panggil baby Aisy, 'Ayam'. Sebab baby Aisy suka tdo2 ayam. huhu.. Ayam pun Ayam la...
♥ Mommy & Papa tetap sayang! Muah! ♥

Buat mommies kat luar sana yg ade simpan banyak video baby anda, jomla join contest ni. Mana tau rezeki baby. Bole dapat hadiah dari Puan Tifa.

Sleeping Cutie Contest


Sekali lagi...

Mommy Aisy browse sana sini, ziarah blog sana sini, tetiba jumpa pulak contest ni.

Jadi, jomla ramai2 join. hihi...

Mommy Aisy nak submit gambar baby Aisy yg bawah ni.

Nama: AISY NUR QAIRINA BINTI MOHD NOOR HAKIMI
Tarikh Lahir: 29 Disember 2009

Baby Aisy tdo gaya orang da besar. Padahal masa ni baru sebulan 2 hari. Silau agaknya mata tu tdo dalam terang.

Sebenarnya tak de lagu yg mommy Aisy nyanyi utk baby Aisy. Hanya ucapan kalimah

لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله

dan

"LAILAHAILALLALLAH MUHAMMADURASSULLAH"

dan

"SUBHANAALLAH ALHAMDULILLAH
LA ILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR"

berulang2 kali sehingga baby Aisy betul2 lelap.

Monday, March 29, 2010

'Che Bulat' da 3 bulan!

Haloo...

Lama xbercerita tentang kehidupan aku pas ade baby skrg.
Start je 1hb aritu, aku keje dari pagi smpi petang. Malam baru sampai.
Baby Aisy @ Che Bulat [gelaran ni Papa die yg bagi] tinggal dengan Mama Wan die.

Even aku keje, aku still usahakan agar Che Bulat dapat menyusu dengan baik pada kadar yg sepatutnya. Jadi, aku akan pastikan aku mengepam susu sebanyak mungkin time keje. Sibuk la aku usung beg ke sana sini. Sebabnya kalo lambat je pam, silap baju aku akan basah.

Lupa ritu aku nak share. Hari pertama kerja, balik je keje aku demam. Malam tu aku mkn panadol actifast 2 biji then tido selimut 3 lapis. Esok paginya aku ok. Gla keje. Tapi kat tempat keje aku demam balik. Tak bole jadi. Malam tu Papa Aisy paksa g klinik. Tapi xdan klinik da tutup. G esoknya, rupa2nya doktor kata aku 'bengkak susu'. Susu banyak sangat kot. Pastu xsempat nak pam betul2. Tu yg susu berketul kat dalam. Hu...silap2 bole kene tebok wo...Ngeri2.

Buat pengetahuan korang, Che Bulat hari ni genap 3 bulan! Wee! Syg mommy da besar. Da tembam. Mommy geram sgt. Aku suka pic Che Bulat kat bawah ni. So cute!


Aku perlukan pendapat korang, agak2 breast pump ape yg elok. Aku guna yg murah + manual daripada Pureen. Sebelum ni ok, but lately bila pam susu sket je. Help me!

Thursday, March 25, 2010

Baby-Iman Contest 2010, Cute & Creative Picture





•Nama: Aisy Nur Qairina Binti Mohd Noor Hakimi
•Umur: 3 bulan
•Asal: Puchong, Selangor
•Emel & nama pengirim: fanaqila.suffian@yahoo.com (FaNaQiLa)

***************************************************************

Nota kaki: Picture ini diambil semasa Majlis Perkahwinan seorang rakan. Pada hari tersebut, Baby Aisy da macam artis. Semua mommy angkat die nk ambil picture Aisy. Katanya, "Aisy sgt Comel!".

Let's join the Contest at Baby Iman Koleksi!

Friday, March 19, 2010

Keletah Aisy Sayang

Thursday, March 11, 2010

Aisy Nur Qairina Ep 3

-Aisy Nur Qairina-

2 jam selepas dilahirkan
Berat: 2.68 kg


Selepas 3 hari melihat dunia

Aisy - 21 hari

Sebulan sudah
Berat: 3.75 kg

34 hari

Hari ke 62, jalan2

65 hari - Bulat x?
66 hari
69 hari - Pakai tudung da.. Comel!
Semalam, selepas 72 hari. Berat Aisy kini 5.5 kg.

Friday, March 05, 2010

Aisy Nur Qairina Ep 2

Salam..
Minggu ini minggu kedua aku mula bekerja selepas bercuti selama 2 bulan. Hari ini Aisy berusia 71 hari. "hmm... da besar da anak mommy ni. makin bulat makin tembam. mommy suka." Tapi minggu ini Aisy da mula meragam malam hari. Asyik nangis je. Bagi susu badan sudah, sapu minyak sudah, tukar lampin sudah, pujuk sudah tp masih menangis. Tak pela, agaknya saja nak kacau Papa & Mommy die tdo.


Okla, sebenarnya aku nak sambung cerita kelahiran Aisy ni. Cerita pada pagi 29hb Disember 2009 (Selasa).
**********************
29 Dis 2009, 6 pagi
Aku diminta utk ke bilik pemeriksaan yang terdapat di wad 5F. Doktor akan memeriksa laluan rahimku samada telah terbuka 3 cm atau belum sebelum aku boleh dihantar ke Wad Bersalin @ Labor Room.


Pagi tu, 6 orang termasuk aku menunggu giliran utk diperiksa laluan rahim. Aku giliran yang kedua. Orang yang pertama, seorang kakak lingkungan 27 thn diperiksa. Pintu rahimnya blm terbuka 3 cm walaupun telah dimasukkan ubat. Jadi, kakak tu terpaksa di operate.


Aku? Alhamdulillah setelah diperiksa. Katanya rahim telah terbuka 3 cm dan aku akan dihantar ke Labor Room. Selepas itu, aku terus bersiap. Mandi dan sarapan. Berdebar2 rasanya kerana aku akan melalui pengalaman pertama bersalin. Suamiku pula skrg mungkin dalam perjalanan. Dekat jam 8 pagi, seorang nurse bertanya pada ku. "Da buang air besar? Kalau blm saya nak masukkan ubat." Aku menjawab, "Tak pela, saya da buang air besar td." Lantas nurse td berkata lagi, "Jangan lupa sediakan baju baby skali, tanggalkan juga bra dan spender."


Hampir jam 8.30 pagi. Seorang nurse datang kepada ku, "Jom saya hantar awak turun. Baju baby?". Aku mengikut saja dan menunjukkan baju Aisy. Sepanjang jalan semasa aku ditolak menaiki Wheel Chair, hatiku berdebar2. Takutnya!!!


Sampai di Labor Room, aku dimasukkan ke bilik 16. Xde orang. Aku naik ke atas katil yang disediakan. "Buka kain ye? Pastu tutupkan je kain pada bahagian kaki kamu. Saya nak pasang alat CTG ni dlu." Ooo..diorang pasang mesin CTG tu nak monitor jantung baby. Ingat kalo da masuk Labor Room xde monitor lagi.


Aku ditnya samada kontraksi da semakin kerap atau belum. Aku menjawab, setiap setengah jam kot. Mereka suruh tunggu. Hampir setengah jam, kekerapan kontraksi aku semakin hilang. Lalu, aku menyuruh mereka memanggil suamiku yang setia menunggu diluar utk masuk menemani aku. Setelah suamiku masuk, mereka membuat keputusan utk memasukkan aku drip air yang mengandungi ubat utk membuka pintu rahim. Setiap sejam akan bertambah 6 ml dan jam pertama aku menerima 6 ml ubat tersebut.
[tgkla tangan aku semasa dimasuk'n drip. byk cabang tiub]

Aku lupa, sebelum drip itu dimasukkan ke badan ku. Seorang doktor telah memecahkan air ketuban ku. Banyak juga lagi. Ingat da kering sangat. (Tp aku segan, segan sangat. Sebabnya yang pecahkan tu ialah doktor lelaki!)
[keadaan aku yg tak sedar dalam labor room]

Masa berlalu dan sakit kontraksi juga makin tidak tertahan. Aku dehydrate. Lebih kurang jam 10 pagi nurse memasukkan air ke dalam badanku. Tekakku kering. Sakit makin menjadi2. Rasa nak patah pinggang. Sehingga aku mula memekik, "Sakit! Sakitnya nurse." Ups! Aku telah ditegur sebab bising. Lalu nurse pun suruh aku banyak2 baca surah 4 qul.

Oleh kerana melihatkan aku tidak tahan sakit. Nurse telah memberi aku satu suntikan di punggung. Katanya suntikan tahan sakit. Tapi aku rasakan ianya seperti ubat pelali @ ubat penenang. Apabila kontraksi datang, aku sedar dan rasa kesakitannya. Tetapi apabila kontraksi berhenti, aku lalok dan tak sedarkan diri. Keadaan sekejap sedar, sekejap lalok dan tidur berlarutan sehingga jam 1 lebih. Nasib suamiku disisi menemani. Dia la menjadi mangsa tarikan ku. Bila sakit kontraksi yang tidak tertahan, aku akan menariknya dan memeluknya dengan kuat.

Apabila jam menunjukkan pukul 2 petang, kontraksi ku makin teruk. Sakit ku sukar digambarkan. Aku rasa sakit seperti mahu berak. Ups! "Panggil nurse, cepat!" Nurse datang buat muka cam xde pape. Katanya kalau betul2 rasa cam nak berak baru panggil. Kalau belum betul2 rasa nak berak, jangan teran. Nanti bole koyak teruk laluan rahim tu. Aku tahan dan tahan sakit tu sehinggalah jam 2.15 petang. Aku da tak tahan. "Nak berak!!!" Suamiku macam blur2 ketika itu. Aku suruh die panggil nurse. Nurse datang.

"Ok, betul rasa nak teran ni? Kalau betul cuba teran. Buka kaki, jangan angkat bontot. Tangan pegang pergelangan kaki pastu mata tengok perut ye? Bila rasa nak teran cakap. Cuba teran." Panjang pesanan nurse merangkap bidan tu. Aku cuba teran. Dia kata ok. "Wat cam tu lagi. Tarik nafas dalam2. Bila da sedia bgtau." Aku pun tarik nafas dalam keadaan aku sedar tak sedar disebabkan suntikan tdi. Suamiku berada disebelah kiri ku. Mengampu belakang badan ku dan menekan kaki ku agar tidak terangkat.

"1... 2... 3... Teran!"

"Allahuakbar!"

"Ok, lagi2. Teran lagi. Tarik nafas dalam2 Farhana."

"1... 2... 3... Teran lagi!"

"Allahuakbar!"

"Ok2, teran lagi Farhana. Da nampak kepala baby tu. Teran lagi. Sambung2. Jangan kepit. Awk kepit kepala baby nnti. Teran lagi!"

"Aaargh!!!!!"
"Lagi2! Sambung! Sambung teran! Ok."

Akhirnya pada jam 2.33 petang, seorang bayi perempuan dilahirkan. Permata hati sulung Farhana & Hakimi.

Selepas Aisy selamat dilahirkan, aku menangis teresak2 sementara suamiku melihat nurse mengelap badan Aisy yang masih berdarah dan bersalut putih. Aku ditnya, "Farhana, tengok ni. Baby ape ni? Jawab!". "Perempuan!" jawab ku lemah kerana hampir hilang suara. "Kuat sikit.". "Perempuan!!!!" jeritku. Lalu, nurse meletakkan Aisy dipangkuan ku. Comel...

Sejurus itu, ku lihat suamiku mengiqamatkan bayi perempuan kami. Dan kemudian suamiku diminta keluar kerana nurse perlu memeriksa Aisy dan menjahit laluan rahim tdi. Seorang menjalankan test pada Aisy dan seorang menjahit 'aku'. Adui.. Sebelum itu, nurse yang bakal menjahit tu telah bancuhkan aku air milo suam. Alhamdulillah...lapar dan dahaga aku daripada pagi sampai waktu kelahiran.

nnt sambung ek?

Thursday, February 04, 2010

Aisy Nur Qairina Ep 1


Hari ini genap 38 hari aku berpantang setelah selamat melahirkan seorang Puteri buat aku dan suami, Aisy Nur Qairina Binti Mohd Noor Hakimi. Sekejap je masa berlalu dan kini aku sudah bergelar 'mommy'. Mommy buat Aisy tersayang...

Al-kisahnya, pada 24hb Dis tahun lalu. Aku ke Hosp Serdang untuk menjalani ujian bulanan bagi memastikan kandungan dan aku sihat serta stabil. Memandangkan doc telah mengesahkan yang aku ni ada kencing manis. Jadi, mereka sangat menitik beratkan rawatan susulan dan perhatian terhadap aku agar kandungan aku selamat.

Bila tiba giliran aku menerima rawatan, aku disoal pelbagai soalan daripada doc kerana aku sudah hampir 6 minggu tidak pergi 'checkup' seperti yang dijadualkan. Selepas itu aku di scan bagi melihat kedudukan dan fizikal baby dalam kandungan. Walau bagaimanapun, doc mengatakan aku ade sedikit masalah. Lalu mereka scan aku sekali lagi menggunakan scan yg lain pulak. Kali ini, doc lain juga dipanggil bagi mendapatkan kepastian.

Rupanya, mereka mendapati air ketuban di dalam rahimku kurang daripada kadar yang sepatutnya. Sesudah itu mereka terus melakukan ujian CTG terhadap kandunganku untuk menganalisa kadar denyutan jantung baby. Selepas semua ujian selesai, doc telah mengeluarkan sehelai surat yang menyatakan aku harus segera dimasukkan ke hospital pada hari yang sama jam 3.00 petang.

Aiyak! Aku da nak bersalin ke? Ikut due date lagi sebulan sepatutnya. Aku terpaksa akur demi keselamatan baby dalam kandungan. Petang tu, buat pertama kalinya aku masuk dan menginap di hospital. Rasa pelik rasanya masuk hospital wad bersalin tanpa rasa sakit bersalin atau contraction. Sebelum suamiku pulang petang tu, aku memohon maaf dengannya dan memohon agar doakan aku selamat melahirkan permata hati pertama kami.

Aku kelihatan sangat sihat selama 4 malam aku berada di wad. Sehinggakan menimbulkan keraguan dan persoalan buat jururawat di wad 5F tersebut. Sepanjang di wad, keadaan aku dan kandungan dipantau. Ambil darah untuk pantau kencing manisku, tekanan darah, CTG untuk denyutan jantung baby dalam kandungan dan diet aku dijaga. Menu makan pun lain.

Selepas 4 malam, pada 6 pagi Isnin 28hb aku telah dimasukkan ubat induce dos pertama ke rahimku agar pintu rahimku lembut dan senang terbuka. Ini kerana doc telah buat keputusan agar aku dipaksa bersalin seawal minggu ke 36. Katanya, bagi memastikan baby tidak lemas dalam kandungan dan memandangkan baby juga sihat dan saiz baby juga sudah hampir cukup matang. Selepas 6 jam pintu rahim diperiksa doc dan hanya 1 cm sahaja bukaannya. Terus doc memasukkan dos kedua ubat induce pada jam 12 tengahari itu. Setiap kali ubat itu dimasukkan, aku merasakan seperti sakit senggugut. Sakit pinggang aku sehingga petang itu. Jam 6 petang, aku diperiksa lagi. Pintu rahim baru 2 cm. (Cam ne ni? 1 dos 1 cm. Maksimum dos ubat tersebut 3 sahaja.) Doc kata kalau sehingga esok pintu rahim tak buka, mungkin aku terpaksa melahirkan secara bedah. Oh! Aku tak nak. Seksanya selepas bersalin lama.

Pada malam hari sakitnya makin berkurangan dan malam itu aku perbanyakkan berjalan. Kata orang, kalau banyak berjalan pintu rahim senang terbuka. Aku pun jalanla sehingga tak bole tidur. Sepanjang di wad, aku perbanyakkan beristighfar dan membaca Yasin. Berdoa supaya aku selamat melahirkan. Al-maklumla, pengalaman pertama dalam hidupku. Suamiku dirumah juga resah. SMS aku sehingga jam 2, 3 pagi. Risau barangkali. Yang paling aku terharu apabila SMS suamiku berbunyi begini.

'Syg, kalo abg wat slh kt usk, abg minta maaf byk2..abg doa'n usk selamat bsalin Aisy.luv u syg.'

Menitis airmataku malam itu. Sepatutnya aku yang kena minta maaf. Esoknya, pagi 29hb....

Kita sambung nnt ek? Aisy nak susu. Sudah bangun tidur.

Wednesday, January 06, 2010

Good News: Born in 36 weeks

Pengumuman!!

24hb yg lalu, aku telah disarankan oleh pihak hospital utk dimasukkan ke hospital kerana kekurangan air ketuban.
Dan,
29hb Dis 2009 yg lalu aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 2.33 ptg seberat 2.68kg di Hospital Serdang secara normal. (tp terpaksa di induce)


Presenting ANAMY's new born baby



~AISY NUR QAIRINA BINTI MOHD NOOR HAKIMI~

Tuesday, December 22, 2009

Perfumes & Accessories Store Giveaway!!!


Hi!


Excited nak join another giveaway ni after owner blog sendiri yg jemput. Thank for inviting Mizuri!!! Really appreciate it.

Cara-caranya:

" UNTUK MAKLUMAN SEMUA, KAMI AKAN MENGANJURKAN SATU CONTEST YANG BERTARIKH TUTUP PADA
1 JANUAR1 2010. KEPADA SEMUA YANG NAK TAKE PART DLM CONTEST NI, INI SYARAT2NYE :


FIRST, JADI FOLLOWER KAMI.
SECOND, ADD OUR LINK DI BLOG LIST ANDA
THEN, BUAT ENTRY/POST TENTANG CONTEST NI
NEXT, NYATAKAN KOMEN POSITIF TENTANG BLOG OR OUR PRODUCT DI ENTRY ANDA TERSEBUT.
FINALLY, EMAIL US AT armuzar@yahoo.com.my TO INFORM US WHEN U HAVE DONE ALL THE STEPS ABOVE!
ENTRY/POST PALING BEST LAYAK MENDAPAT HADIAH DARI KAMI YG BERNILAI RM20
2ND PLACE : HADIAH BERNILAI RM18
3RD PLACE : HADIAH BERNILAI RM15

P/S : hadiah tak seberapa, maklumlah kedai baru nk hidup. Kalo rezeki byk nanti buat contest lagi. Hadiah lumayan-lumayan pulak yek!
TQ KERANA SUDI JENGUK-JENGUK KT SINI! "

*********************************************************************************

Hi Mizuri,

Setelah saya menjenguk-jenguk blog awak, saya agak tertarik ngan aksesori yg dijual. Terutamanya brooch pin rose n brooch kartun love tu. I like! Gelang bunga pun cantik tp da sold out ke?

Oleh kerana saya baru menyedari kewujudan online store awak, mungkin nnt saya akan jadi potential customer awak. (^_____^)

Dekorasi pada blog awak juga ok, tapi mungkin nnt perlu ada improvement sbb saya rasa susah sgt nak scroll down tgk satu2 item.

Walau bagaimanapun saya still tertarik pada produk yg dijual. Keep it up!

*********************************************************************************

Done!

Skrg nk email mizuri pulak.

Jomla guys kita sama2 join giveaway daripada Miduri ni.

New Born Baby (Adi & Fida)



Seminggu sudah berlalu...
15 hb Dec 2009, 7.30 am Hospital Serdang
seorang bayi lelaki seberat 2.76kg selamat dilahirkan
.
.
.
.
.
.
.
perkenalkan
~Mohd Izz bin Fadzli Ashadi~
agak2 ikut muka sape ye baby ni? ayah ke ibu?
Tahniah buat Adi & Fida kerana telah bergelar ayah & ibu. Semoga hubungan kalian semakin erat dengan kehadiran zuriat ini dan dilimpahi rezeki serta kesenangan menghadapi masa2 mendatang sebagai ibu dan bapa.
-gambar kenangan semasa hari persandingan Adi & Fida-

p/s: kini di hujung2 menantikan saat kelahiran (minggu 35) aku merasakan aku semakin selekah. pakaian cam tak terurus. pakai apa pun rasa xcantik, xmanis da mcm dlu. (eceh, kalo xpregnant aku manis ke?) bengkak sana sini. muka, tangan, kaki. jalan pun da macam penguin aku rasa. sakit ulu hati. macam2. dalam masa kurang sebulan aku akan rasa pengalaman bersalin yg telah Fida dan kaum2 ibu yg lain lalui. semoga dipermudahkan urusan bersalin ku nnt berkat kesabaran dan doa kalian semua. amin.

BLACK & WHITE PHOTO Contest

Haloo...
Semenjak, dua menjak, tiga menjak ni (pinjam ayat Nabil masa final Raja Lawak). Mak buyong ni suka sgt nak masuk macam2 contest dlm page blogger2 dari Malaysia. Especially yg relates with photo... Dan kali ni aku tertarik ngan contest ini!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Daripada Ezzan Yusop
Kindly visit her blog for more details..


Syarat-syaratnya adalah:

•create an entry (bukan Sticky Entry) with the title BLACK & WHITE PHOTO Contest. tidak perlu elaborate panjang lebar because i myself kalau nak masuk contest tak suka buat entry yang bercerita. sebenarnya kalau takat hanya gambar sahaja pun dah mencukupi hehehe ;p tapi kalau nak juga elaborate, i don't mind :)

•upload ONE BLACK & WHITE PHOTO OF YOURSELF. ye gambar DIRI ANDA SENDIRI yang hitam putih yuk and leave a comment on this post that will directly link back to your post. i repeat, only ONE. kalau korang upload banyak-banyak bermakna entry anda tidak dikira. saya tidak akan pilih salah satu ke apa ke sebab dah jelas lagi bersuluh perkataan ONE BLACK & WHITE PHOTO OF YOURSELF.

•copy the above logo and paste it on your entry and please...link it back to this entry ye kawan-kawan :D (oh ye, you might want to resize the logo to fit your column size. sebab photo ni saya upload guna photobucket!)

•this contest ends on 25th December 2009 instead of 31st December 2009
***************************************************
~Gambar yang di'contest'kan~

Gambar ini adalah kenangan sewaktu aku masih lagi bergelar tunangan orang. Gambar ini diambil selepas aku menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat di Teluk Intan. Posing sakan ngan baju kurung bergambar kat dalam Menara Condong ni. Wee!

Jadi jomla join....

Tuesday, December 15, 2009

Atiqah 2009 Giveaway

SYARAT-SYARATNYA


1. Wajib menjadi follower kedua-dua blog saya iaitu di http://pepelungu.blogspot.com dan http://comelbelaka.blogspot.com

2. Letak link kedua-dua blog saya di blog list anda.

3. Letak banner di atas di sidebar anda dan letakkan link http://pepelungu.blogspot.com di banner tersebut.

4. Post entri tentang giveaway ini dan letak tajuk ATIQAH 2009 GIVEAWAY. Di dalam entri tersebut harus ada banner di atas dan syarat-syarat ini.

5. post di bahagian komen entri ini jika anda sudah sertai. sertakan nama panggilan dan link site anda.

6. pemenang akan dipilih secara rawak.


giveaway ini tamat pada 20hb Disember 2009 pada pukul 8 malam. pemenang akan diberitahu secepat mungkin.
p/s: bagusla atiqah rajin nak anjurkan giveaway cam ni. pape sy minat nk join sbb kebetulan 20hb Disember ni hari lahir sy yg ke-24. so, harap2 terpilih la sbg pemenang. kot2 bole dpt hadiah hari jadi. neway...keep in touch n salam ziarah.

Tudung Giveaway CONTEST by Teratak Comel Lotte

Hi..
Hari ini, ati aku membuak2 nak masuk contest itu ini. Ni die lagi satu contest, anjuran "Teratak Comellotte".



Sebenarnya dh lama nak buat contest ni,tapi masa tak mengizinkan.bila tengok kawan2 buat contest rasa seronok pulak.so kawan2 sekalian marilah join contest "Tudung Giveaway Contest".nk buat model bertudung dh ramai sgt buat contest tu. Jadi kita buat lain, sila lampirkan gambar "Saat Percutian Indah Anda".

Syarat2 Penyertaan ialah:


•Mesti ada blog
•Jadi Follower Teratak Comellotte dan add Teratak Comellotte dalam bloglist anda
•Letak banner ini di sidebar blog anda dengan link ke entry ini
•Buat entri mengenai contest ini
•Upload satu gambar saat percutian indah anda. tak kira dalam Malaysia ke Luar Malaysia

•Nyatakan tempat dan tahun anda pergi bercuti. gambar yg menarik,cantik diambil kira

•Tinggalkan link entri anda di ruang komen dibawah
•Tarikh tutup: 15/01/2010

Hadiah bakal diterima:

Pemenang Pertama - 1 helai Tudung Nur Barakah Corak bernilai RM60
Pemenang Kedua - 1 helai Tudung Nur Barakah Plain bernilai RM50
Pemenang Ketiga - 1 helai tudung Nur Barakah Full Lycra bernilai RM45

5 Hadiah Saguhati- 1 voucher RM10 serta hadiah misteri so apa tunggu lg, jom join sekarang.


*****************************************************************************
"Saat Percutian Indah"
(Gambar yang menjadi pertaruhan)
Tempat: Kuantan, Pahang
Tahun: Mei 2009
Nota kaki: Gambar ini diambil ketika kami Honeymoon betul2 after getting married. Dan inilah gambar terakhir aku g bercuti sebabnya sekarang da jadi mak buyung. Jadinya, nk bercuti kemana-mana xbole. Tak tahu lagi bila next percutian indah aku. Tapi lepas ni bertiga!
Really miss that moment even xsampai ke luar negara. But all those memori sgt bermakna.

CONTEST: Pja,belikan saya souvenir Turki!!


Salam,

Pagi ni aku berniat nak join contest ni dari blog MerahJamboo milik Pja.


syarat-syarat.
1. Buat entri dgn tajuk yg sama atau tajuk pilihan hati;)

2. Letakkan banner dan link blog ini di entri kamu

3.Letakkan banner contest di side bar dan link ke blog ini(bukan entri ini)

3. letakkan gambar kamu bersama ibu. Gambar berdua ataupun collage seperti di bawah diterima. Bilangan gambar tidak menjadi isu, setiap blogger ( satu atau banyak gambar) dikira satu penyertaan.ie:suka hati nak letak berapa.

5. Di bawah gambar itu copy and paste ayat di bawah. Tokok tambah jika mahu.

terima kasih emak, keranamu aku di sini!

6. sila letakkan link entri kamu sahaja di shoutbox Pja

7.Lepas tu, kalau boleh uploadkan gambar kat slide bawah ni!(sori banyak songeh;p)

8.Tarikh tutup akan di umumkan kemudian hari, sesuka hati saya...heheheh ;p

Gambar yang aku ingin pertandingkan di Contest ni adalah gambar aku + Mama pada majlis perkahwinan aku Mei yg lalu.

This is me and my Mama!


~Terima Kasih Mama for everything that you've done for me, for us and our famili! Walaupun kita terpaksa menempuh segala macam dugaan & halangan tanpa Arwah Abah. Kerana Mama Along & Adik2 masih disini! Tahun depan Mama naik pangkat tau. Jadi 'Wan' ye, bukan 'nenek'! Muah! Love you. ~

p/s: jom la kita ramai2 join contest ni. mesti Pja rasa teruja nnt.

Friday, December 11, 2009

Kaki bengkak Vs Kasut ketat

Dear Blogger,

Maafla sbb aku mengupload pic kasut dan kaki ni.

Sebenarnya aku nak cite perihal kaki aku yang bengkak sejak minggu ke-30 kandungan. Jadinya...Pada hujung 3 minggu lepas, aku telah keluar mencari kasut/ sandal yg sesuai bersama suami.

Macam biasa, aku akan ke Jusco dlu. Sbb sana ade SALES best kalo utk kasut. Setiap kasut yg jenis comfort aku try. Tpi malangnya semua xmuat. Kalo yg muat masuk pun saiz die 8 or 9. Panjang pulak. Aiyoyo...

Aku da pening nak carik kasut ni. Last2, kuar g BATA. Sarung2 kasut2 dan sandal2 Comfit yg ada. Yg kat sebelah ni je bole masuk. Dapatla diskaun 30%. Itu pun sbnrnya muat2 je tau. Ketat!

Jap je sandal ni da lusuh'n? Padahal baru pakai 3 minggu. Sbnrnya sejak mengandung ni, aku kuat sgt berpeluh. Terutamanya pada leher dan kaki. Sbb tu korang tgk sandal tu buruk da.


(Seketat inilah sandal ni aku pakai skrg [minggu ke-34 kandungan]. Gemuk kan kaki ku?)

Thursday, December 10, 2009

Pls drink a lot of water!

Haloo... Happy Thursday!

This morning i've received a forward email title
"Correct timing to take water...very important"
Therefore i would like to share this info with all of u guys.

Correct timing to take water will maximize its effectiveness to Human body.
  • Two (02) glasses of water - After waking up - Helps activate internal organs
  • One (01) glass of water - 30 minutes before meal - Help digestion
  • One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
  • One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack


♥ Sharing is Caring ♥

p/s: 9 more days until my 24th Birthday. wink!

today is my 3rd brother (Akim) last SPM paper. he will be back soon.

Tuesday, December 01, 2009

Selepas 7 bulan

Kini da 7 bulan aku bergelar seorang isteri dan kurang dari 2 bulan aku akan bergelar seorang ibu @ 'mummy'.
Rasa terlalu cepat masa berlalu. Tersangat pantas.
Pejam celik pejam celik, baby dlm perut da makin besar.
Pandai tendang2 mummy die, nak ajak main.
Pusing2 dan menguit bila time makan dan minum susu.
Pandai syg ye! Asal mkn je mesti aktif.
Tak pe, tu tandanya anak mummy sihat...
Dalam masa kurang 2 bulan, Mama akan jadi nenek. Tpi Mama kata xmau dipanggil Nenek.
Tak best katanya. Nak bahasakan diri sebagai 'Wan'.
Hehe...
Adik2 aku nnt jadi Pak Ngah, Pak Lang dan Ucu.
Tpi syg...Nnt baby xde Atuk.
Yela, kan aku dan suami sudah menjadi anak yatim. Kami sudah tiada Abah dan Papa lagi.
Mereka berdua telah pergi meninggalkan kami...
Selamanya.

Selepas 7 bulan:
  • Aku da pandai masak. (Bole la sket2 walaupun bukan teror mana!)
  • Perut aku makin besar. (Tanda yg baik, baby sihat.)
  • Badan da bulat + comel. (Ramai kata aku makin comel tau!)
  • Kaki dan tangan aku da bengkak. (Asal mlm je tgn aku akan kebas. Tak pun kaki kejang. Hua! Aku nangis.)
  • Aku da jadi malas kat umah. Kain xmau lipat, pinggan xmau basuh. Nasib adik da balik umah sbb da mula cuti sekolah. So, suh adik yg wat. Wee!
  • Hati asyik nk g shopping barang baby je. Tapi, duit kena budget. (Nak duit!)
  • Byk baju2 yg aku da xbole pakai. (So, tiap2 minggu repeat baju yg sama je. Aku naik bosan.)
  • Jantina baby masih menjadi tanda tnya. Baby suka nyorok2. (Xpe, sabtu ni mummy nk tgk baby lagi.)

Hehe.. Nila die aku pada minggu ke 32++ sebagai ibu mengandung.

Da makin bulat kan?

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com