HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Monday, April 07, 2008

Kerajaan Selangor Sekarang

Baru sebentar tadi, 4.11 petang aku menerima SMS daripada Ketua Puteri UMNO Cawangan Seri Serdang/Puchong, Kak Salawati. Mesej tersebut berbunyi:

"Tahniah kepada kerajaan Selangor yang meluluskan pusat penyembelihan babi secara HALAL bernilai RM 100 juta sama nilai dengan 20 buah masjid. Tahniah."

Adakah ini berbaloi dan patutkah ini terjadi di sebuah negara Islam seperti Malaysia?

Berikan komen anda.

p/s: Sejauh mana kesahihan kenyataan ini kita selidik dan bincangkan bersama.

8 komen:

azie said...

biar btul...
erm, salam perkenalan cik fanaqila:)

Mommy Aisy said...

tula pasal. tp sy blm pasti lg kesahihahnya. let's find out k? salam perkenalan juga azie.

Unknown said...

haha..usk..nanti msg abg bgtau pasword n email blog..nak ejas sikit..ni nak komen kena boh word verification..payah sunggoh..

Hafifi said...

isk! biar betoi ni..awat jadi mcm ni ye..

nUUr said...

erm cube selidik btul2 yea, pahtu bg post atau link kat cni..hangat nih

Mommy Aisy said...

kepada sume blogger,
kalo u guys ade dpt keratan news or pape info ttg ni pls fwd to me k? thanks...

Unknown said...

BABI PUNYA BABI>>MENGOTORKAN NEGERI!!!!!!!!!ARGHHHHH!!!!!!! (sambil bertukar menjadi robot Gaban)

Najwan Halimi said...

Wakil Umno 'di sebalik' projek babi

Malaysiakini
Apr 14, 08 12:35pm


Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.

Karim, yang juga bekas ketua Pemuda Umno negeri, antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.

Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang pada awal tahun lepas.

Kebanyakan ladang tersebut sedia wujud di kampung Ladang Tumbuk atau dari sekitar daerah Kuala Langat, tambah ketua biro MCA itu lagi.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

"Hari ini (Sabtu) saya mahu tekankan bahawa kos RM100 juta itu yang bertujuan mempertingkatkan sistem pembuangan sisa ternakan bukan datangnya daripada kerajaan negeri," beliau dipetik sebagai berkata.

"Datuk Karim yang akan membawa sebuah syarikat Jerman untuk satu usahasama dengan sebuah syarikat Bumiputera."

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu Mohamad
Tarmudi Tushiran sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.

Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan media berbahasa Melayu.

Malah, katanya, beliau terlibat untuk memodenkan projek penternakan babi bermula sejak 2002 lagi.

Bagi mengatasi masalah ladang haram penternakan haiwan itu dan pencemaran yang dihasilkannya, projek pemodenan itu diperkenalkan mulai 2005.

Tambahnya, mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).

Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, beratus-ratus ribu risalah penerangan tentang isu tersebut - dipercayai termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini dan data kerajaan negeri - akan diedarkan kepada penduduk Selangor.

PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - dianggap boleh membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas.

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com