♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠
Thursday, October 22, 2009
Baby Mummy Besar
Lama sudah rasanya tangan aku ni tidak meng'update' blog aku ni. Terasa rindu pulak tatkala aku sedang sibuk bekerja merata2 tempat di kawasan Lembah Klang ni. Nila tugas aku sebagai Consultant. Sentiasa perlu ada di opis client, bukan opis sendiri. Minggu ini aku berada di Kawasan Perindustrian Seri Kembangan.
Oleh kerana aku da lewat seminggu nak berkongsi cerita tentang perkembangan baby yg bakal aku lahirkan Januari nnt. Maka, hari ni aku nak ambil masa jap nak kongsi cerita pemeriksaan aku minggu lepas, iaitu pada 13 Oct 2009.
Disebabkan masa kerja aku yg agak pelik daripada org lain, iaitu 8.30 pagi hingga 6.30 ptg, agak sukar utk aku memenuhi kehendak klinik kesihatan utk mendapatkan pemeriksaan mereka. Akan tetapi aku usahakan juga kerana baby. Sehinggakan MC dan AL aku telah habis gunakan utk tahun ni. Yang lagi menyukarkan aku adalah klinik kerajaan mana ade bagi MC, time slip adela cuma company pulak tak terima. Macam2! Pening...
FL - 47.8 mm (26w 0d)
EFW - 1086 g <--- ini berat baby pd 13.10.2009
Friday, October 09, 2009
Kek Perkahwinan
-Kek Kahwin ANAMY-
Pink Green (Betul2 ikut tema. Aku sangat puas hati.)
Kredit to Mama sbb tempahkan kek yg cantik cam ni even 2 tingkat je.
Thursday, October 08, 2009
Famous Amos Cookies
Sudahnya hari selasa Rozita ym aku. Katanya die mintak tlg opismate die belikan cookies tu kat Amcorp Mall. (Aku sbnrnya xmintak tlg die pun, saja cte. Kongsi pengalaman ngidam masa ngandung ngan kawan2 baik kan?) Tapi, tub2x die nak tlg belikan dan siap kata
"Tak pe, aku belanja. Nanti bila aku ngidam, ko pulak belanja aku."
hehe...rezeki baby ade org nak belanja.
Malam tu dapatla aku 200 gram cookies tu. Nyum3x! Lega tekak dapat makan cookies.
(Kiri: From Saliza Kanan: From Rozita)Petang isnin tu, sebenarnya aku mintak tlg dgn Saliza belikan cookies ni kat Alamanda. Yela, kat Puchong mana ade stall die. (hmm...kalo aku bukak stall Famous Amos ni kat IOI Mall Puchong agak2 laku x?)
Oleh kerana bz, Saliza only managed to pass to me this cookies yesterday after she come back from work. So, cookies ari selasa aku settle kan da. Ada yg ni. huhu...
Naik lg la sugar dalam darah aku. hihi... Xpe, 12 & 13 baru checkup. Dan lgi mkn manis2 ni. Yg ni pun Saliza belanja (100 gram). So, aku dapat 300 gram cookies free...Wee!
Nila die nilai sebuah persahabatan buat aku masa ngah pregnant ni. Tunggu turn2 lagi 9 kawan2 baik aku. Ayin, da confirmed tarikh sbg bakal pengantin. Zura & Saliza, coming soon nak engage. Alhamdulillah, masing2 da ketemu jodoh yg sesuai. Yg lain2 cam ne?
Guys! Pls update me on ur relationship current status...
Friday, October 02, 2009
24 minggu?

Thursday, October 01, 2009
Aidilfitri 2009
-Ni je hero2 yg turut serta-
Tuesday, September 29, 2009
Kembali Bekerja
Da dekat dua minggu aku hilang dari memblogging. Cuti Raya. hihi.. Cepat sgt masa berlalu. Sekejap je raya da lebih seminggu berlalu. Baby pun da makin besar. Da pandai gerak2, tendang2 perut mummy ek. ^_^
Sejak mengandung ni muka mummy pucat je sll. Tpi xpe, baby punya pasal. Tpi mummy ade darah tinggi la syg. Doc inform after wat 3rd checkup ritu. Aiyak! Kena control makan. Tpi mummy xkontrol. Sbb nnt baby lapar plaks. Mummy doakan baby sihat selalu k? Khamis ni kite g checkup lagi tau. Daddy da nak smpi amik mummy ni. Muah! Cyg baby..
Doa buat baby syg,
"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Amin.
Thursday, September 17, 2009
Baju Raya
Sampai je kat sana, kitrg pusing2 carik mana yg berkenan. Byk yg aku suka, terutama baju kurung moden. Tpi malangnya tahun ni raya aku xbolela bergaya ngan baju gitu...Xpela, jubah pun jubah la. Janji raya. Dekat sejam lebih ronda2, aku dapatla 2 pasang baju raya. Jubah purple black dan kurung modern kain getah blue black. Tudung? Dapat 1 je. Penat nak ronda da. Lagipun da dekat kul 11. Kedai2 pun nak tutup. Aku nak carik tudung lagi sebenarnya, tpi nntla. Balik Kedah carik lagi.
Al-kisahnya masa ronda2 tu kitrg nmpkla sorg minah ni. Cam kenal je? Oooo...Rupanya Elyana. Datang shopping raya gak kot. Nasib malam tu xsesak sgt.
Apa2 pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat blogger2 yg sudi singgah dan baca blog aku yg xbpe best ni. Maafla kalau aku ade terkasar bahasa, terguris kata ke... Semoga Syawal yg bakal tiba ini memberi seribu makna buat kita semua.
p/s: Busuk syg, TQ belikan baju raya utk Usk. Nnt kite carik hp raya & baju raya utk Abg k? wink!
Tuesday, September 15, 2009
ANAMY's 10th Anniversary!!!
Wednesday, September 09, 2009
Bilik Tidur + Hiasan

Termasuklah:
Alam Flora atau DBKL

Tuesday, September 08, 2009
Monday, September 07, 2009
Baby! Mummy saw u
-ihiks! posing ngan baby, the latest of me-
So far, aku bole puasa hanya 3 ari je tinggal. Tu pun masa bleeding, sbb tak yakin. Tp makan xbyk sgtla. Sepanjang puasa ni aku da bpe kali ntah teringin nak mkn tgh mlm. Mula2 nak Moi Sup, pastu Ayam McD dan mlm td aku nak Slurpee...Kul 11 mlm baru sibuk nak mkn bnda2 gini. Aiyak! Busuk terpaksa turut kan.
Malam ni aku nak mkn ape ek? Wafer A&W sedap kan? Ade ice cream n jem strawberi. Nyum2x!
Friday, September 04, 2009
Wednesday, August 19, 2009
Ida's Home Made Cookies
RM 22 (> 50 pcs)
~Arabian Night~
RM 20 (> 50 pcs)Ibu Tunggal vs Hari Raya
Tuesday, August 18, 2009
Pemeriksaan Ke-2

Disebabkan aku orang pertama yang diperiksa pagi tu, appointment aku settle pada jam 8.35 pagi. Awal tak? Tapi Busuk ilang pulak. G minum kopi!
Aku baru plan nak MC, tub2x xjadi. G la kerja.
Okla, tu je aku nak kongsi kali ni.
♥ Sharing is Caring ♥
Monday, August 17, 2009
Yong Tau Fu
Tuesday, August 04, 2009
63 Petua Dr Fadzilah Kamsah buat Pasangan Suami Isteri
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang'.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan 'pasangan'.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu..
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Kita selalu melihat dia senyum ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.






.jpg)











